SALAM...
Hebatnya blogger pro Kerajaan! Hebat! Biarlah pencacai pembangkang maki hamun kita, tapi kita blogger pro Kerajaan tetap bercakap mengenai hak, kebenaran dan hakikat. Ada kalanya, untuk menyatakan kebenaran, kita terpaksa mengkritik dan terus mengecam pemimpin kerajaan @ BN yang masih tidak sedar diri dan bersikap mementingkan diri. Itulah hebatnya kita. Tidakseperti blogger dan pencacai pro pembangkang yang bagaikan burung kakak tua mengikut apa sahaja yang dinyatakan oleh pemimpin kesayangan mereka.
Dulu, isu Soi Lek dimaki kerana mengeluarkan kenyataan tentang salam dan hudud yang terang-terang menyinggung umat Islam. Soi Lek yang memang dah ada isu moral ni bukan diangkat oleh PM untuk menjadi ketua MCA. Oleh itu, adalah tidak adil untuk mengaitkan dengan UMNO @ Kerajaan.
Kini satu lagi isu yang baru, iaitu isu YUDS Rais yatim selaku menteri penerangan telah membuat onar berkaitan dengan logo dan lirik lagu rasmi Kemerdekaan Negara yang ke-55. Kalau kita amati liriknya, ia amat sangat kurang relevan dengan kemerdekaan yang kita sambut ini. Logo juga turut dipertikaikan. Beberapa blogger pro kerajaan berasa kecewa dengan isu ini. Ini kerana isu ini dlihat amat mengganggu kredibiliti UMNO BN yang mana kita tahu, fitnah yang berleluasa terhadap kerajaan menjadi beban yang tidak tertanggung dan kini isu sebegini pula timbul.
Satu lagi, DS Rais, tolonglah ambil tindakan terhadap golongan artis yang semakin berani berlagak seksi dalam majlis-majlis anugerah mereka. Tolonglah ambil tindakan segera terhadap pengisian televisyen yang terlalu banyak sangat hiburan sehingga meimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini. Tahukah DS bahawa, Kementerian DS adalah kementerian yang penting, yang berhubung terus dengan rakyat dan membudayakan rakyat. Oleh itu, ambil lah peranan dalam membudayakan masyarakat kita ke arah budaya yang dituntut oleh agama. Tidakkah DS sedar bahawa tindakan DS ini MEMBERIKAN IMPAK YANG BESAR pada imej PM dan kerajaan yang kita kasihi.
JANGANLAH KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA! JANGANLAH HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI DAN JANGANLAH SOKONG MEMBAWA REBAH! MATA RAKYAT MEMERHATI TINDAKAN DS!
1 comment:
Salam Tuan... Disini kami memohon masukkan link blog Warigh Nogori ke dalam senarai blog list Tuan dan untuk pengetahuan Tuan, blog hebat tuan telah pun kami senaraikan ke dalam blog list kami... Demi perjuangan, diharap Tuan dapat berikan kerjasama... TQVM.
Url blog kami: http://warighn9.blogspot.com/
Post a Comment