RAKAN PEJUANG

24 July 2012

BERHATI-HATILAH DENGAN MEREKA YAKNI GOLONGAN AL-KAFIRUN.

SALAM...


SEKADAR RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA UMAT ISLAM. BILA ANAK SUFI MEMBACA AL-QURAN SEBENTAR TADI, ANAK SUFI MEMBACA AYAT 118 SEHINGGA AYAT 120 SURAH AL-i-IMRAN DI MANA PERINGATAN ALLAH KEPADA UMAT ISLAM:



"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya." (118)

"Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. "(119)

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan." (120)

WAHAI SAUDARA SEISLAMKU, DI BULAN RAMADHAN INI, MARILAH KITA BERSANGKA BAIK SESAMA ISLAM DAN BERWASPADALAH PADA GOLONGAN KAFIR. JANGANLAH KITA LUPA JANJI MEREKA UNTUK MEROSAKKAN UMAT ISLAM KECUALI MEREKA YANG BERIMAN DAN BERTAQWA KEPADA ALLAH S.W.T.

2 comments:

Anonymous said...

tak nak dengar dan paham pasal islam kita boleh pujuk dan ajar dan tunjuk kan lagi.
tapi kalau org islam sendiri dah tak nak dengar,walaupun pandai islam dari org lain, dah kira parah tu.

anak sufi said...

BUKANKAH ALLAH TELAH MENGINGATKAN KITA BAHAWA ORANG KAFIR YANG TELAH DISERU (5 TAHUN LAMANYA SERUAN PAS TERHADAP DAP)APABILA MEREKA MASIH MENOLAK MAKA ALLAH TELAH MENUTUP MATA DAN TELINGA MEREKA AGAR MEREKA TERUS SESAT.

JANGAN MEMUTAR KATA SAUDARA! BUKA HATI UNTUK MELIHAT YANG HAQ BUKAN YANG BATHIL!