RAKAN PEJUANG

05 October 2010

ANAK DIDIK ANWAR BIADAB

Ramai anggap kenyataan Naib Presiden PKR biadab

BERITA HARIAN:
2010/10/05

KUALA LUMPUR: UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai biadap dan takbur kerana merujuk Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang sedang tersungkur di Australia.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Azmin sepatutnya menunjukkan sifat matang dan tidak berhak membuat sindiran kepada Dr Mahathir yang juga individu yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat Malaysia.
Beiau berkata, Azmin perlu sedar bahawa peranan dan jasa Dr Mahathir sangat besar bukan saja kepada Barisan Nasional (BN) tetapi kepada negara dan rakyat khususnya orang Melayu.
"Pada usia 84 tahun, Dr Mahathir masih lagi berkhidmat untuk memastikan kesejahteraan negara dan rakyat dan sepanjang mengalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri beliau sudah banyak berjasa pada negara.

"Sindiran seumpama ini tidak sepatutnya keluar daripada seorang pemimpin dan Ahli Parlimen dan ia menggambarkan keperibadian Azmin sebenar," katanya.

Kelmarin Azmin yang juga calon Timbalan Presiden PKR menyifatkan Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne selepas mengadu sakit dada sebagai pemimpin yang sedang tersungkur di negara itu.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, pula berkata, sebagai seorang pemimpin Islam, sepatutnya Azmin mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri itu.
Sementara itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata tindakan umat Islam yang tidak menjaga pertuturan dan tingkah laku sehingga boleh menyakiti umat Islam lain akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan bukan Islam terhadap keindahan Islam.

“Sepatutnya umat Islam memberikan kata-kata yang boleh menggembirakan seseorang apatah lagi yang sedang terlantar sakit, bukannya memberikan sesuatu yang menyakitkan,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin, pula berkata sepatutnya semua pihak mendoakan kesejahteraan Dr Mahathir, negarawan yang banyak berjasa pada negara.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata sebagai pemimpin muda, Azmin seharusnya menghormati Dr Mahathir yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir secara sinis menyifatkan tindakan Azmin sebagai tindakan yang ‘sopan’.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sikap Azmin amat bertentangan dengan sikap bapa Naib Presiden PKR itu yang disifatkannya sebagai seorang Melayu budiman sejati,” kata Mukhriz dalam mesej Twitternya semalam.

Pengerusi PERKASA Ampang, Abdul Wahab Mahfuz menyifatkan Azmin sebagai seorang yang tidak sedar diri dan lupa bahawa beliau mendapat pendidikan dan pekerjaan baik di bawah kepemimpinan Dr Mahathir.

“Ukur baju di badan sendiri. Dia itu siapa untuk bercakap begitu kepada seorang negarawan?,” katanya.

KAMI RAKYAT DI NEGARA INI SESUNGGUHNYA MENOLAK INDIVIDU YANG KURANG AJAR DAN BIADAB UNTUK MENJADI PEMIMPIN. KEBANYAKAN PEMIMPIN YANG BIADAB, KURANG AJAR DAN BERMULUT JAHAT INI DATANGNYA DARIPADA PARTI PEMBANGKANG YANG HANYA TAHU BERCAKAP TANPA MEMPERDULIKAN PERASAAN ORANG LAIN. KAMI INGIN MENGINGATKAN AZMIN DAN PEMIMPIN PR YANG LAIN, ANTARA FAKTOR KEJATUHAN BN DALAM PRU 12 ADALAH KERANA MELAYU MUDAH LUPA - MELUPAKAN JASA DR. MAHATHIR TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA.

WAHAI AZMIN, KAMU ITU SIAPA? APA JASA KAMU KEPADA NEGARA? JASA KAMU HANYA PADA ANWAR SAJA ITU PUN KERANA KAMU GILA KUASA! KAMU BUKAN SESIAPA! TUN MAHATHIR ADALAH NEGARAWAN ULUNG DAN DIHORMATI DI SELURUH DUNIA. 

AZMIN, JANGAN KURANG AJAR SANGAT! KAMU IBARAT SEEKOR HAMA BERBANDING TUN MAHATHIR SEORANG WIRA NEGARA! 

TUN MAHATHIR DILAPORKAN BERANSUR SIHAT. ALHAMDULILLAH..... 

No comments: