RAKAN PEJUANG

30 September 2010

Harussani bukan lemah seperti saya - DR. Asri
Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh - bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.







Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jelas apa yang dinyatakan oleh pesuruhjaya PAS Selangor  bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.
"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Hasan menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli parlimen Pokok Sena berkata, kenyataan  Hassan  jelas mendedahkan pembohongan seorang Mufti seperti Harussani.
Katanya, pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi alat Umno sangat memalukan ulamak khususnya para Mufti yang ada diMalaysia.


 INILAH PERBEZAAN ANTARA ULAMA YANG BERJIHAD KERANA ALLAH DENGAN  YANG MENGAKU ULAMA TAPI BERJIHAD KERANA PARTI. DR. ASRI MEMULIAKAN TAN SRI HARUSSANI SEBAGAI ULAMA SEJATI DAN SEBENAR, MANAKALA MAHFUZ DAN GANG-GANG SAMSENGNYA DALAM PAS SANGGUP MENGHINA DAN MENABUR FITNAH DAN SANGGUP PULA MENUDUH SEORANG MUFTI DAN ULAMA SEBAGAI PEMBOHONG HANYA KERANA TIDAK MAHU MENYOKONG  UNTUK MELUNASKAN NAFSU SERAKAH MEREKA UNTUK BERKUASA.

WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS YANG BERJIHAD KERANA PARTI DAN MENGGUNAKAN ILMU SENIPIS KULIT BAWANG ITU MEMPENGARUHI DAN MEMPORAK PERANDAKAN RAKYAT DENGAN MENABUR FITNAH PADA PEMIMPIN NEGARA DAN ULAMA YANG DITUDUH BERSUBAHAT DENGAN  UMNO,  INSAFLAH...HIDUP DI DUNIA TIDAK LAMA...DUNIA KATA PERGI...KUBUR KATA MARI....

28 September 2010

PAS DAH CUAK?



PETIKAN DI BAWAH INI (YANG DIPETIK DARIPADA HARAKAH DAILY ONLINE) JELAS MENUNJUKKAN KEPIMPINAN PR DAH GENTAR DENGAN UMNO YANG KINI SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA GOLONGAN AKADEMIK DAN TERPELAJAR DI NEGARA INI. 


BUTTERWORTH, 27 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas sikap ahli akademik yang sanggup menjadi alat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menakut-nakutkan rakyat dengan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Baginya, jika golongan berkenaan terus bersikap demikian lebih baik mereka menyertai Umno yang sempit dan berjuang menegakan benang basah.

“Biar rakyat menghukum usaha jahat yang ditaburkan, waktu itu baru mereka sedar haluan yang mereka pilih salah dan menyimpang jauh dari usaha menyatupadukan rakyat Malaysia.


"Kita tahu ada pakar akademik yang diperkudakan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu tentang isu hak keistimewaan orang Melayu yang akan terhakis sekiranya Pakatan Rakyat memerintah," tegasnya ketika ditemui di Wacana: Adakah Polis Pembela Rakyat di Dewan Haji Ahmad Badawi, di sini malam tadi.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengingatkan ahli akademik sedemikian agar jangan terpengaruh dengan dakyah jahat yang sedang ditiupkan oleh Umno dan BN berhubung isu berkenaan.
Katanya, kepimpinan Umno sedang berusaha meyakinkan rakyat dengan berbagai cara dan kaedah termasuk memperkudakan tokoh akademik yang kurang faham terhadap manifesto Pakatan Rakyat yang mengutamakan ketelusan, kebertanggungjawaban dan anti rasuah.
Menurutnya, semua urusan membabitkan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat seperti Islam sebagai agama rasmi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tetap terpelihara.

CARA MAHFUZ BERCAKAP TENTANG PERKARA INI JELAS MENUNJUKKAN MAHFUZ DAN SEBAHAGIAN PEMIMPIN PAS YANG LAIN TELAH MULA GENTAR, TAKUT DAN BIMBANG KIRANYA SOAL HAK ORANG MELAYU AKAN MEMBAWA PENYATUAN AHLI AKADEMIK DAN PARA PELAJAR ISLAM DI NEGARA INI. WAHAI MAHFUZ, APAKAH KAMU SUDAH GENTAR?

KAMI ORANG TERPELAJAR BERFIKIR DAN BERTINDAK BUKAN MENGGUNAKAN NAFSU TETAPI MENGGUNAKAN AKAL YANG WARAS YANG ALLAH KURNIAKAN UNTUK MEMBUAT PERTIMBANGAN MANA YANG BAIK DAN MANA YANG HODOH DI MATA KAMI. 


KEDANGKALAN SEBAHAGIAN PENGIKUT PAS MENGIKUT KARENAH DAP DAN MEMBUTAKAN MATA DAN TELINGA TERHADAP TINDAKAN DAP YANG MELAMPAU BATAS DAN TERLALU RASIS, MEMPERKUDAKAN PAS SERTA MEMBENCI PERJUANGAN ORANG ISLAM (KHUSUSNYA ORANG MELAYU) DI NEGARA INI MEMBAWA KEPADA KEJELEKAN DAN MUAL KAMI PADA PERJUANGAN PAS YANG KINI SUDAH CENDERUNG MENJADI KAN ISLAM SEBAGAI ALAT MENCAPAI MATLAMAT! 


WAHAI SAUDARA SEISLAMKU,  BERJUANGLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA PARTI! KAMI BERJUANG KERANA ALLAH, BANGSA DAN KELANGSUNGAN HIDUP GENERASI KAMI DI BUMI ALLAH YANG TERCINTA INI. 

23 September 2010

Doa ini dititipkan oleh seorang hamba Allah yang mempergunakan nama Tun_Telanai.


Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah. 


MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR SELURUH KETURUNAN TUN_ TELANAI DISELAMATKAN ALLAH DARI BALA PETAKA HASIL DARIPADA KESILAPANNYA MENDOAKAN KEHANCURAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA AHLI UMNO. JIKA ALLAH INGIN MEMULANGKAN SEMULA DOA INI KEPADA TUN_TELANAI, BIARLAH DIA SAHAJA YANG TERKENA MUSIBAHNYA!


APA YANG HENDAK KITA HAIRANKAN...PUAK-PUAK PEMBANGKANG SEPERTI TUN_ TELANAI NI HANYA MEMANDANG PUAKNYA SAHAJA YANG SUCI DAN BERJIHAD KERANA ALLAH. MAKA DIA DAN BALACINYA YANG LAIN SANGGUP MENDOAKAN KEHANCURAN SAUDARA SEISLAMNYA SENDIRI.. KENAPA JADI BEGITU? SEMUANYA KERANA KUASA! KERANA BENCI DAN DENDAM KESUMAT PADA KERAJAAN. DOA YANG DILEMPARKAN INI JELAS MENUNJUKKAN KEBUSUKAN HATI DAN BUSUNGNYA JIWA YANG HAUS PADA HARTA KEKAYAAN DUNIA SEHINGGA SANGGUP MENDOAKAN KECELAKAAN ORANG LAIN. INGATLAH JIKA DOA ITU ADALAH DOA YANG BURUK, MAKA ALLAH AKAN MEMBALIKKAN DOA TERSEBUT KEPADA KAMU WAHAI MANUSIA YANG MENGGUNAKAN NAMA TUN_TELANAI INI SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA DARIPADA MUSIBAH DAN MENJAUHKAN KITA DARI SUBAHAT DENGAN ORANG SEPERTI TUN_TELANAI INI.


UDARA SEGAR YANG KITA HIRUP HARI INI DAN KEPESATAN PEMBANGUNAN NEGARA YANG KITA KECAPI MASA KINI ADALAH HASIL USAHA DAN TITIK PELUH PEMIMPIN NEGARA YANG TERDAHULU YANG PASTINYA DARIPADA KERAJAAN BN. BETAPA BESAR JASA MEREKA. KENAPA PERLU TERGAMAK KITA MENDOAKAN KECELAKAAN PADA PEMIMPIN UMNO YANG BUKAN SEDIKIT JASANYA PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA! GUNAK AKAL UNTUK BERFIKIR BUKAN EMOSI YANG BERKECAMUK!

Saranan Sultan Kelantan......Renungan buat Pemimpin PAS

Semalam (22 Sept 2010) surat khabar Sinar Harian tulisan Aziz Deraman ada menyebut tentang keprihatinan Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan iaitu Tuanku Faris berkaitan dengan perpecahan orang Melayu Islam di negara ini. Sultan Kelantan menyeru agar kita umat Islam di negara ini tidak berpecah sehingga memperlihatkan kita sebagai ummah yang lemah di mata orang bukan Islam.


Pemimpin PAS sewajarnya memandang serius pada saranan Tuanku Faris ini. Cubalah fikirkan sedalam-dalamnya mengapa Sultan Kelantan menyarankan agar kita orang Melayu perlu bersatu. Mungkin baginda berasa gusar tentang perpaduan Melayu yang semakin hari semakin retak. Kalau Sultan sendiri dapat melihat kepincangan yang berlaku, adakah sebahagian pemimpin Politik PAS hanya ingin membutakan mata dan memekakkan telinga atas keretakan ini. Adakah mereka berasa cukup gah kerana berkawan dengan kafir DAP dan berpaut pada kekuatan DAP untuk membantu mereka memerintah negara ini? Adakah mereka rasakan Melayu selain daripada PAS dan PKR ini sudah cukup kuat penyatuannya? Adakah mereka tidak memperdulikan keresahan dan kegelisahan Melayu Islam yang lain yang tidak ada walau sedikitpun kepentingan politik melihat dengan jelas bagaimana hubungan PAS dengan DAP ini banyak memberi faedah pada DAP hingga DAP menjadi parti yang kuat berbanding dengan PAS sendiri?


Kepada pemimpin PAS yang masih berdegil dan masih mempertahankan ideologi mereka, jika tidak mahu mengambil kira pendapat kami golongan marhain ini yang acapkali dituduh berkait dengan agenda politik, tolonglah ambil serius saranan Sultan Kelantan jika benar sayangkan baginda sebagai pemerintah di negeri Kelantan. Sesungguhnya Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan ini seorang sultan yang berjiwa rakyat yang memahami kehendak kami  yang ingin agar Melayu Islam di negara ini bersatu mempertahankan kedaulatan agama Islam di negara tercinta ini.

21 September 2010

BENAR ATAU FITNAH?

KUALA TERENGGANU, 21 Sept: Pertelagahan berterusan dua kem Umno iaitu kem Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dengan kem Datuk Seri Idris Jusoh dilihat antara punca rakyat negeri itu, khususnya golongan muda terbiar dan terjebak dengan dadah.

Perbalahan yang masih tidak nampak penghujungnya itu didakwa menjadikan mentadbiran Ahmad hilang fokus kepada rakyat ditambah dengan gangguan oleh kem bekas menteri besar satu lagi.

"Ahmad Said rasa ini penggal terakhir dia memerintah Terengganu, dan kumpulan Idris Jusoh akan berusaha untuk naik kembali.

"Jadi Ahmad ini sedang sibuk menggunakan segala peluang yang ada untuk mengaut apa yang dia boleh dapat," kata Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Nor Hamzah (gambar) kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri bahawa Terengganu merekodkan penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Dengan jumlah sebanyak 1,584 penagih baru berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu ianya menjadikan peningkatan sebayak 1,366.67 peratus.

Laporan AADK juga menyebut bahawa Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

Selain pertelagahan itu, Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung berkata, faktor lain adalah dasar kerajaan negeri yang tidak menekankan aspek pembangunan modal insan dikalangan belia negeri itu.

Kerajaan negeri ujarnya lebih berminat menanam sifat kebendaan dalam pemikiran anak muda sehingga mengenepikan pembangunan moral dan akhlak.
Malah bajet 2010 negeri itu juga jelasnya hanya sedikit diperuntukkan untuk program agama.

"Program Bakti Remaja anjuran kerajaan negeri bukan objektif mereka lahirkan remaja berakhlak, tetapi program ala Biro Tata Negara (BTN) yang memburukkan parti politik pembangkang.

"Kalau program itu tiga hari dua malam, setiap peserta akan dapat RM500 seorang, itu galakan kebendaan yang diberikan," katanya lagi.

Faktor lain yang juga turut menyumbang tambahnya, adalah penyerahan pusat pengajian agama kepada kerajaan pusat sehingga langsung tiada pemantauan oleh kerajaan negeri.

Lebih malang katanya lagi, kerajaan negeri juga didakwa cuba menyekat perkembangan majlis Ilmu dan program agama khususnya di masjid dan surau di negeri itu.

"Imam yang berpengaruh ditamatkan khidmat, Ustaz dan cikgu yang boleh menarik orang ke masjid, disekat dari mengajar di masjid", jelasnya. - Dipetik daripada harakah daily online. 


Seperti biasa PAS akan memainkan pelbagai isu yang boleh memperlihatkan betapa jahil dan buruknya pentadbiran orang Islam. Cuba lihat artikel ini pula:








MUAR, 17 Sept: Pusat Khidmat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kawasan Bakri secara rasminya melancarkan ‘Sistem Pengurusan Aduan Infrastruktur Perbandaran’.
Sistem Pengurusan Aduan Infrastruktur Perbandaran atau dikenali sebagai Municipal Infrastructure Complaint Management System (MICMS) merupakan sistem aduan berasaskan teknologi Peta Satelit Google.
Pusat khidmat DAP Bakri telah memulakan proses pemetaan sejak tahun 2009. Namum begitu, resolusi peta Google yang tidak memuaskan telah menyukarkan proses pemetaan tersebut.
[Gambar: Er Teck Hwa (kiri) dan ketua unit pengurusan aduan, Phua Sau Ching.]
Untuk mengatasi masalah ini, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa telah menghantar surat kepada pihak unit pengurusan Google Map untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pada pertengahan tahun 2010, resolusi peta Google bagi kawasan Muar telah dikemaskini dan menjadi lebih jelas. Unit aduan DAP telah memulakan proses pemetaan tersebut dan dibuka kepada umum pada bulan September.
Program yang dilancarkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bakri hanya dilaksanakan oleh seorang pekerja penuh masa dan seorang pekerja separuh masa dengan makan masa selama 500 jam kerja.
Projek ini menelan masa selama 3 bulan dengan sumber dana dan kepakaran yang terhad. Sistem tersebut tidak melibatkan sebarang pembelian peralatan dan perisian. - Petikan daripada harakah online. 
Boleh percaya ke, xpayah beli peralatan untuk buat kerja2 ni? Dana terhad tu banyak mana? Duit sedekah orang kaya DAP agaknya...maklum DAP mulia di sisi mata sebahagian ahli PAS.
PAS nak menggambarkan betapa hebatnya DAP dan bermaruahnya mereka kerana berbuat sesuatu yang berguna berbanding dengan pentadbiran Melayu Islam yang katanya penuh maksiat, hina dan dina dan bergaduh kerana kuasa. Persoalannya: Benarkah dakwaannya atau ia adalah sebuah dakyah atau fitnah semata? Wallahualam...

RENUNGKANLAH...




Hadith :

Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. “







(Bukhari)









Huraian
Malaysia selaku negara yang merdeka dan berdaulat dengan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan umatnya sebagai penduduk majoriti merupakan suatu nikmat terbesar yang harus disyukuri oleh umat Islam di negara ini. Bagi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan tersebut, semangat perpaduan antara umat Islam adalah faktor terpenting malah ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan kedudukan Islam tidak terpinggir, ditelan oleh arus kemajuan dan pemodenan yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang melalaikan. 



Bahkan seharusnya selaku umat yang terbaik kita hendaklah sentiasa tegas dan berpegang pada prinsip Islam yang mahukan umatnya maju dan merdeka dalam segala aspek termasuklah merdeka daripada sebarang perkara yang menyesatkan jiwa dan minda atau dalam ertikata lain aqidah tidak terjajah dan minda tidak terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang sesat. 


Maka dengan dengan wujudnya keutuhan ummah dalam sebuah negara Islam yang merdeka, agama Islam juga hendaklah didaulatkan agar berkembang selari dengan keadaan dan zaman supaya nanti kemakmuran negara makin bertambah dan mendapat keredhaan daripada Allah, sesuai dengan ciri-ciri yang disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: ”negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan Allah.” (Saba’: 15). Malah lebih daripada itu, segala apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang menghadapi tregedi-tragedi peperangan, penderitaan akibat kebuluran, pecah belah dan hura-hara harus diambil pengajaran oleh kita semua agar tidak ditimpa nasib yang sama.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (drp: web iluvislam)

Sesungguhnya adalah besar nikmatnya jika kita bersatu dan membentuk perpaduan ummah. Namun aku yakin jika blog ini dibaca oleh juak-juak pembangkang,maka akan ada di antara mereka yang akan memandangnya sebagai agenda politik. Harap-harap tidak ada yang berfkiran begitu. 


ITU LAH PEMBANGKANG...

"Malangnya, semua usaha yang dilakukan Najib dengan tujuan untuk memurnikan persepsi rakyat terhadap kepimpinan barunya, tercalar dan dipertikaikan rakyat akibat kematian Teoh Beng Hock semasa dalam siasatan di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Teoh merupakan Setiausaha Politik Exco Negeri Selangor dari DAP, Ean Yong Hian Wah, disoal siasat SPRM berhubung dengan dakwaan salahguna peruntukan Dewan Undangan Negeri.
Kematian Teoh membuka persoalan yang sangat besar, bukan sahaja kematiannya menjadi suatu misteri yang harus disiasat dengan seadil-adilnya.
Malah, ianya membuka mata rakyat terhadap SPRM, yang sejak keujudannya gagal menampilkan imej sebagai sebuah badan professional, telus dan terkecuali daripada pengaruh pemimpin kerajaan Umno-BN." PETIKAN DARIPADA SALAH SEBUAH BLOG PEMBANGKANG.
NAMA PUN PEMBANGKANG, SEMUA YANG KERAJAAN BUAT SALAH BELAKA. RAMAI PEMIMPIN POLITIK PEMBANGKANG MENYALAK BEGITU NYARING TENTANG KEMATIAN BENG HOCK. MALAH ADA YANG SANGGUP MENAMPAL GAMBAR BENG HOCK DI TUBUH SENDIRI HANYA UNTUK MENUNJUKKAN SPRM TU JAHAT BENG HOCK TU SEBAIK MANUSIA YANG PERLU DIADILI KEMATIANNNYA. SEMUA ORANG TAU, PEMBANGKANG PUN TAU, DIA MATI KERANA BUNUH DIRI TAPI KERANA SYOK NAK MEMBURUKKAN SPRM SEBAGAI SEBUAH BADAN KERAJAAN MAKA MEREKA MEMPOLITIKKANNYA.
KINI BERLAKU LAGI TRAGEDI MENYAYAT HATI KEMATIAN JUTAWAN KOSMETIK DAN 3 YANG LAIN SERTA HAMPIR 20 MANGSA DIBUNUH DENGAN KEJAM. SEPERTI BIASA TERDAPAT PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG SEKALI LAGI MENYALAK MENYALAHKAN PIHAK PDRM PULA. PADAHAL PDRM TELAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN CEMERLANG. NAMUN SALAKAN MEREKA INI TIDAK PULA SEHEBAT SALAKAN SEMASA KEMATIAN  BENG HOCK ATAU KUGEN. NAMUN APA TETAP SAMA ADALAH BAGAIMANA KEMATIAN YANG SADIS INI DIJADIKAN PULA ALAT OLEH PUAK PEMBANGKANG NEGARA UNTUK MEMBURUKKAN IMEJ PDRM PULA YAKNI SATU LAGI ORGANISASI KERAJAAN TERBESAR AGAR DIBENCI OLEH RAKYAT. HANYA RAKYAT YANG KURANG MEMBACA BANYAK MENDENGAR, BUTA HATI DAN KURANG BIJAK MENILAI SAHAJA YANG AKAN PERCAYA PADA KATA-KATA PEMBANGKANG YANG SEMEMANGNYA HANYA TAHU MEMBANGKANG TAPI TIDAK ADA JASA WALAU SEKELUMIT PUN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA INI.

20 September 2010

PAS TIDAK SABAR MEMERINTAH...

"KUALA LUMPUR, 20 Sept: PAS menganggap dakwaan Umno bahawa pelabur tidak datang ke negara ini akibat percaya dakyah pembangkang adalah satu pengiktirafan kepada Pakatan Rakyat.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad secara sinis berkata, ianya juga membuktikan bahawa kerajaan BN sudah tidak dipercayai lagi dan sudah tiba masanya mandat pemerintahan negara diserahkan kepada Pakatan Rakyat."

Petikan artikel daripada Harakah Daily...nampak sangat PAS tidak sabar memerintah, perintah Kelantan pun dah berpuluh tahun masih ada lagi rakyat yang mundur, banjir setiap tahun tidak pernah ada kesudahan, tidak takut pula untuk memikutl tanggungjaawab yang lebih besar untuk memerintah negara. Kalau betul kerajaan PAS dah cukup hebat dan bersedia memerintah Malaysia ni, apa kata majukan dulu Kelantan dan Kedah dengan pembangunan yang hebat dan terkini. Jadilah seperti DAP yang apabila sahaja memegang kuasa, mula mengatur langkah menghalau dan menghambat bumiputera ke pinggir desa. Mana-mana ada tanah rizab yang ditumpangi orang Islam, diambil alih untuk pembangunan (yang tentunya bukan untuk bumiputera). Alasan Guan Eng mudah sahaja itu tanah swasta jadi boleh hambat orang melayu keluar. Tujuannya satu untuk membangunkan kawasan tersebut supaya Pulau Pinang boleh menjadi Singapura kedua. Bukan macam PAS, perintah Kelantan berpuluh tahun tapi tak banyak perubahan (ada perubahan tapi very slow). Macamana nak perintah Malaysia? Oh ya...mesti nak berpaut di belakang DAP kan? Wahai saudara seislamku orang PAS dan PKR bertanggungjawab lah kamu di hadapan Allah tentang fitnah yang kamu tabur pada saudara seislam mu dalam UMNO. Jika UMNO ini jahil, betul kanlah bukan dijadikan musuh dan mengangkat musuh Islam (DAP) sebagai sahabat karibmu. Jangan kamu rasakan perbuatan mu itu betul dan benar sedangkan banyak perkara batil yang kamu sembunyikan. Aku hanyalah seorang rakyat biasa yang hanya ingin melihat Islam kukuh di atas perpaduan ummah yang akan menggentarkan jiwa orang bukan Islam untuk menggugat hak kita orang Islam di bumi tercinta ini.

19 September 2010

YA ALLAH....

YA ALLAH....BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK AKU MEMBAWA KEMBALI KESEDARAN PADA SEMUA UMAT ISLAM DI NEGARA TERCINTA INI AGAR HATI-HATI KAMI HAMBAMU BERTAUT KEMBALI BERSATU DEMI MENJAGA MARUAH ROH ISLAM DARIPADA DICEMARI OLEH MEREKA YANG TELAH DIBUTAKAN MATA DAN HATI MEREKA DENGAN KESENANGAN DUNIA DAN MELACURKAN AGAMAMU DEMI KUASA. YA ALLAH....BANTULAH KAMI UNTUK BERHADAPAN DENGAN DAP LAKNATULLAH DAN PENGKHIANAT BANGSA KAMI YANG GILAKAN KUASA TANPA MENGHIRAUKAN SUARA HATI KAMI UMAT MU DI NEGARA INI AGAR BERSATU HATI DI BAWAH PAYUNG RAHMATMU YA ALLAH! PERKENANKANLAH....