RAKAN PEJUANG

23 September 2010

Saranan Sultan Kelantan......Renungan buat Pemimpin PAS

Semalam (22 Sept 2010) surat khabar Sinar Harian tulisan Aziz Deraman ada menyebut tentang keprihatinan Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan iaitu Tuanku Faris berkaitan dengan perpecahan orang Melayu Islam di negara ini. Sultan Kelantan menyeru agar kita umat Islam di negara ini tidak berpecah sehingga memperlihatkan kita sebagai ummah yang lemah di mata orang bukan Islam.


Pemimpin PAS sewajarnya memandang serius pada saranan Tuanku Faris ini. Cubalah fikirkan sedalam-dalamnya mengapa Sultan Kelantan menyarankan agar kita orang Melayu perlu bersatu. Mungkin baginda berasa gusar tentang perpaduan Melayu yang semakin hari semakin retak. Kalau Sultan sendiri dapat melihat kepincangan yang berlaku, adakah sebahagian pemimpin Politik PAS hanya ingin membutakan mata dan memekakkan telinga atas keretakan ini. Adakah mereka berasa cukup gah kerana berkawan dengan kafir DAP dan berpaut pada kekuatan DAP untuk membantu mereka memerintah negara ini? Adakah mereka rasakan Melayu selain daripada PAS dan PKR ini sudah cukup kuat penyatuannya? Adakah mereka tidak memperdulikan keresahan dan kegelisahan Melayu Islam yang lain yang tidak ada walau sedikitpun kepentingan politik melihat dengan jelas bagaimana hubungan PAS dengan DAP ini banyak memberi faedah pada DAP hingga DAP menjadi parti yang kuat berbanding dengan PAS sendiri?


Kepada pemimpin PAS yang masih berdegil dan masih mempertahankan ideologi mereka, jika tidak mahu mengambil kira pendapat kami golongan marhain ini yang acapkali dituduh berkait dengan agenda politik, tolonglah ambil serius saranan Sultan Kelantan jika benar sayangkan baginda sebagai pemerintah di negeri Kelantan. Sesungguhnya Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan ini seorang sultan yang berjiwa rakyat yang memahami kehendak kami  yang ingin agar Melayu Islam di negara ini bersatu mempertahankan kedaulatan agama Islam di negara tercinta ini.

No comments: