PETIKAN DI BAWAH INI (YANG DIPETIK DARIPADA HARAKAH DAILY ONLINE) JELAS MENUNJUKKAN KEPIMPINAN PR DAH GENTAR DENGAN UMNO YANG KINI SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA GOLONGAN AKADEMIK DAN TERPELAJAR DI NEGARA INI.
BUTTERWORTH, 27 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas sikap ahli akademik yang sanggup menjadi alat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menakut-nakutkan rakyat dengan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Baginya, jika golongan berkenaan terus bersikap demikian lebih baik mereka menyertai Umno yang sempit dan berjuang menegakan benang basah.
“Biar rakyat menghukum usaha jahat yang ditaburkan, waktu itu baru mereka sedar haluan yang mereka pilih salah dan menyimpang jauh dari usaha menyatupadukan rakyat Malaysia.
"Kita tahu ada pakar akademik yang diperkudakan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu tentang isu hak keistimewaan orang Melayu yang akan terhakis sekiranya Pakatan Rakyat memerintah," tegasnya ketika ditemui di Wacana: Adakah Polis Pembela Rakyat di Dewan Haji Ahmad Badawi, di sini malam tadi.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengingatkan ahli akademik sedemikian agar jangan terpengaruh dengan dakyah jahat yang sedang ditiupkan oleh Umno dan BN berhubung isu berkenaan.
Katanya, kepimpinan Umno sedang berusaha meyakinkan rakyat dengan berbagai cara dan kaedah termasuk memperkudakan tokoh akademik yang kurang faham terhadap manifesto Pakatan Rakyat yang mengutamakan ketelusan, kebertanggungjawaban dan anti rasuah.
Menurutnya, semua urusan membabitkan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat seperti Islam sebagai agama rasmi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tetap terpelihara.
CARA MAHFUZ BERCAKAP TENTANG PERKARA INI JELAS MENUNJUKKAN MAHFUZ DAN SEBAHAGIAN PEMIMPIN PAS YANG LAIN TELAH MULA GENTAR, TAKUT DAN BIMBANG KIRANYA SOAL HAK ORANG MELAYU AKAN MEMBAWA PENYATUAN AHLI AKADEMIK DAN PARA PELAJAR ISLAM DI NEGARA INI. WAHAI MAHFUZ, APAKAH KAMU SUDAH GENTAR?
KAMI ORANG TERPELAJAR BERFIKIR DAN BERTINDAK BUKAN MENGGUNAKAN NAFSU TETAPI MENGGUNAKAN AKAL YANG WARAS YANG ALLAH KURNIAKAN UNTUK MEMBUAT PERTIMBANGAN MANA YANG BAIK DAN MANA YANG HODOH DI MATA KAMI.
KEDANGKALAN SEBAHAGIAN PENGIKUT PAS MENGIKUT KARENAH DAP DAN MEMBUTAKAN MATA DAN TELINGA TERHADAP TINDAKAN DAP YANG MELAMPAU BATAS DAN TERLALU RASIS, MEMPERKUDAKAN PAS SERTA MEMBENCI PERJUANGAN ORANG ISLAM (KHUSUSNYA ORANG MELAYU) DI NEGARA INI MEMBAWA KEPADA KEJELEKAN DAN MUAL KAMI PADA PERJUANGAN PAS YANG KINI SUDAH CENDERUNG MENJADI KAN ISLAM SEBAGAI ALAT MENCAPAI MATLAMAT!
WAHAI SAUDARA SEISLAMKU, BERJUANGLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA PARTI! KAMI BERJUANG KERANA ALLAH, BANGSA DAN KELANGSUNGAN HIDUP GENERASI KAMI DI BUMI ALLAH YANG TERCINTA INI.
1 comment:
PAS akan lakukan segala-galanya untuk menidakkan atau merosakkan perpaduan yang telah dicapai oleh UMNO-BN.
Musuh utama PAS ialag UMNO kerana UMNO telah berjaya menyatupadukan bukan sahaja org Melayu tetapi juga pelbagai kaum dan agama di negara ini.
PAS perlu menafikan kejayaan ini walaupun terpaksa berbohong, menipu, putar-belit fakta dan menzalimi pemikiran orang ramai.
Itulah PAS yang saban hari terpekik terlolong menjual nama Islam sebagai alat politik kasta rendah mereka.
Post a Comment