RAKAN PEJUANG

20 September 2010

PAS TIDAK SABAR MEMERINTAH...

"KUALA LUMPUR, 20 Sept: PAS menganggap dakwaan Umno bahawa pelabur tidak datang ke negara ini akibat percaya dakyah pembangkang adalah satu pengiktirafan kepada Pakatan Rakyat.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad secara sinis berkata, ianya juga membuktikan bahawa kerajaan BN sudah tidak dipercayai lagi dan sudah tiba masanya mandat pemerintahan negara diserahkan kepada Pakatan Rakyat."

Petikan artikel daripada Harakah Daily...nampak sangat PAS tidak sabar memerintah, perintah Kelantan pun dah berpuluh tahun masih ada lagi rakyat yang mundur, banjir setiap tahun tidak pernah ada kesudahan, tidak takut pula untuk memikutl tanggungjaawab yang lebih besar untuk memerintah negara. Kalau betul kerajaan PAS dah cukup hebat dan bersedia memerintah Malaysia ni, apa kata majukan dulu Kelantan dan Kedah dengan pembangunan yang hebat dan terkini. Jadilah seperti DAP yang apabila sahaja memegang kuasa, mula mengatur langkah menghalau dan menghambat bumiputera ke pinggir desa. Mana-mana ada tanah rizab yang ditumpangi orang Islam, diambil alih untuk pembangunan (yang tentunya bukan untuk bumiputera). Alasan Guan Eng mudah sahaja itu tanah swasta jadi boleh hambat orang melayu keluar. Tujuannya satu untuk membangunkan kawasan tersebut supaya Pulau Pinang boleh menjadi Singapura kedua. Bukan macam PAS, perintah Kelantan berpuluh tahun tapi tak banyak perubahan (ada perubahan tapi very slow). Macamana nak perintah Malaysia? Oh ya...mesti nak berpaut di belakang DAP kan? Wahai saudara seislamku orang PAS dan PKR bertanggungjawab lah kamu di hadapan Allah tentang fitnah yang kamu tabur pada saudara seislam mu dalam UMNO. Jika UMNO ini jahil, betul kanlah bukan dijadikan musuh dan mengangkat musuh Islam (DAP) sebagai sahabat karibmu. Jangan kamu rasakan perbuatan mu itu betul dan benar sedangkan banyak perkara batil yang kamu sembunyikan. Aku hanyalah seorang rakyat biasa yang hanya ingin melihat Islam kukuh di atas perpaduan ummah yang akan menggentarkan jiwa orang bukan Islam untuk menggugat hak kita orang Islam di bumi tercinta ini.

No comments: