Salam perjuangan
Kejujuran dan keikhlasan adalah suatu nilai yang amat penting dalam diri seseorang individu.Anak sufi sangat yakin bahawa pemimpin negara kita di peringkat atasan memiliki dan mempunyai nilai nilai murni sebegini namun demikian apa yang menyedihkan adalah mereka yang berada di sekeliling pemimpin ini yang tidak memiliki nilai kejujuran dan keperibadian yang tinggi yang akhirnya mereka inilah yang boleh membawa kepada jatuh dan rebahnya pemimpin tersebut.
Ini amat bahaya. Oleh itu anak sufi ingin menyarankan agar pemimpin pemimpin negara memastikan mereka yang berada di sekeliling pemimpin pemimpin ini adalah merupakan mereka yang jujur ikhlas menjalankan tanggungjawab dan amanah demi agama bangsa dan negara yang tercinta. Ini kerana apabila ada di antara mereka yang tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan maka akan wujud rasa yang tidak puas hati dalam kalangan mereka yang lain yakni mereka yang telah dipermainkan maka ini akan menjadi barah dalam kestabilan sesebuah parti politik tersebut.
Berlaku jujur lah. Bukannya susah. Lakukan sesuatu itu kerana Allah dan insya Allah, Allah akan memberikan pulangan yang lebih baik daripada apa yang kita harapkan. Jika kita berjanji untuk memberi dan berjanji untuk membantu, maka lakukanlah. Ini adalah janji yang perlu ditepati sebagaimana yang dinyatakan oleh perdana menteri malaysia Datuk Sri Najib iaitu JANJI DI TEPATI.
Sejujurnya Anak Sufi ingin mengingatkan Datuk sri Najib, Datuk Seri Hishammuddin dan pemimpin yang lain, pandang pandanglah siapa mereka di sekeliling agar apa yang kalian telah usahakan untuk memastikan kelangsungan hidup UMNO dan BN memberikan impak yang sampai kepada rakyat. Jangan kerana orang orang yang di sekeliling yang membuat onar menjadikan imej pemimpin pemimpin ini tercemar.
Kepada calon PRK Pengkalan Kubur, jujur dan ikhlas adalah elemen penting untuk memenangi pilihan raya kawasan tersebut. Anak Sufi hanya memberi ingatan kerana ternyata sekarang ini rakyat kecewa dengan sikap bukan kerana faktor ekonomi. Berusahalah menjaga hati rakyat, kerana pihak yang satu lagi juga sedang berusaha untuk menambat dan menawan hati rakyat malaysia. UMNO BN perlu jujur dan amanah kerana jujur dan amanah serta MENEPATI JANJI itu mencerminkan iman seseorang. Sesungguhnya bila seorang hamba Allah itu mati, maka yang dibawa hanyalah iman, tawqa dan JANJI.