SALAM PERJUANGAN
SALAM SYAWAL BULAN KEMENANGAN
Sedang puak-puak pembangkang sibuk merebut kuasa di Selangor, pemimpin negara kita sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut jenazah mangsa MH17 yang akan tiba pada hari Jumaat ini. ASufi ingin mengucapkan tahniah pada DS Najib dan DS Hisham yang telah berusaha sekerasnya untuk memastikan mangsa-mangsa ini dikebumikan di tanah tumpah darah mereka ini. Meskipun puak macai pembangkang asyik nak mengaitkan pentadbiran DS Najib dengan konflik MB Selangor tetapi ia sedikit pun tidak menjadi kudis bagi pemimpin negara ini untuk meneruskan bakti kepada rakyat.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini kedengaran suara daripada Tun mengatakan beliau menarik balik sokongan pada DS Najib kerana berasa kecewa dengan beberapa insiden yang tidak ditangani baik oleh DS Najib hingga membawa kepada perpecahan dalam kalangan rakyat. ASufi amat memahami maksud Tun dalam konteks pentadbiran dalam negara yang memerlukan ketegasan yang amat tinggi kerana musuh semakin licik untuk memecah belahkan umat Islam di negara ini. Sungguhpun demikian, Tun tidak pula mendesak DS Najib meletakkan jawatan sebagai PM. Ini bermakna tujuan Tun adalah untuk penambah baikan dalam pentadbiran DS Najib yang memang kita semua kenali PM kita ini seorang yang sangat lembut, berhemah dan baik hati.
Malangnya ada di antara pemimpin negara yang apabila ditanya oleh wartawan dalam isu ini melenting dengan begitu menunjukkan dirinya yang sebenar. Malahan ada yang berani mengingatkan Tun tentang perubahan era dan zaman. Wah, mereka ini lupa untuk bercakap secara berlapik pada seorang negarawan yang hebat seperti Tun. Kalau tak setuju tak apa, tapi berkata-katalah seperti seorang pemimpin bukan seorang samseng. Justeru, dalam konteks ini ASufi tabik pada DS Hisham yang tidak melatah apabila ditanya tentang perkara ini. Beliau memberikan pandangan secara peribadi kurang bersetuju dengan pandangan Tun kali ini NAMUN BELIAU MENGHORMATI PANDANGAN TUN. Terima kasih DS Hisham kerana menunjukkan kematangan dan profesional dalam menjawab soalan tersebut walaupun kurang bersetuju dengan pandangan Tun. Kepada pemimpin yang lain, belajar lah menghormati negarawan tersebut kerana sejarah telah membuktikan bahawa kutukan dan kebencian yang ditunjukkan kepada Tun menyebabkan UMNO hampir tersungkur pada PRU 12 yang lalu (zaman Pak Lah).
Jadilah pemimpin yang bijak dan berhemah bukan bijak bercakap tapi macam tin kosong!