RAKAN PEJUANG

03 January 2012

MEREKA TAK LAYAK! BUANGKAN SAJA!

Salam....
Sejak akhir-akhir ni nama UPSI atau Universiti PENDIDIKAN Sultan Idris yang merupakan satu-satunya Universiti yang mengeluarkan graduan pendidik telah menjadi hot dan famous. Kalau universiti lain hot dan famous kerana akademiknya, malangnya UPSI hot dan famous kerana seorang murid (tak layak digelar mahasiswa pun!) yang belajar di UPSI ni bersama sekawan rakan-rakannya telah memalitkan lumpur hitam berbau hamis dan iseng ke muka TNC dan pihak pengurusan UPSI.

Murid yang kononnya cuba jadi hero AUKU ni, tidak layak langsung digelar guru apalagi pendidik. Memang sangat tak layak! Untuk menjadi seorang guru, mahasiswa keguruan ini perlu memiliki IQ dan EQ yang tinggi. Malang sekali, sudahlah IQ tak tinggi, EQ juga sangat rapuh. Budaya menjerit-jerit, mengugut polis, celupar dan biadab serta kurang ajar kerana tidak menghormati PM yang dibawa oleh sekawan murid-murid yang menumpang belajar di UPSI ini jelas sekali boleh memberikan impak negatif yang sangat besar kepada generasi yang akan mereka ajar nanti. 

Anak Sufi sangat bimbang jika mereka dibiarkan terlepas ke sekolah, ia akan membawa palitan lumpur hamis dan busung menyerap dalam jiwa anak-anak yang mereka ajar kelak. Justeru, UPSI perlu ambil tindakan. Khaled Nordin juga perlu ambil tindakan. Mereka ini selayaknya digugurkan sahaja daripada menyambung ilmu di UPSI. Mereka menjadi ganas, bongkak dan sombong kerana di belakang mereka ada pemimpin pakatan haram. Mereka ini digula-gulakan dengan kesenangan dan direkrut untuk mempengaruhi seramai mungkin mahasiswa lain untuk bersama mereka. 

Yang mengikut tidak sedar mereka adalah alat dan kambing hitam yang digunakan oleh Pemimpin Pembangkang untuk kepentingan politik mereka. 

Ternyata budak-budak ini tidak bijak. Wahai anak muda, jika syurga yang kamu inginkan bukan dengan cara baring atas jalan tapi menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu itu lebih mulia daripada kamu membuang masa melakukan perbuatan yang boleh menyusahkan semua orang! 

Tahniahlah Anwar Ibrahim kerana telah berjaya menggula-gulakan budak berhingus yang dungu dan biul! Buktinya jelas! 


SIAPAKAH YANG MENGHANCURKAN ANAK MELAYU SEBENARNYA???????

5 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Biarkan mereka mahu jadi hero :-)

anak sufi said...

ADIK SAYANG...

BUKTIKAN BAHAWA KERAJAAN KEJAM TERHADAP GENERASI MUDA!

Anonymous said...

BUANG SAJA MEREKA DARI UNIVERSITI,DEPA DAH MAKIN LEMAK,RAMAI LAGI DOK BERHARAP NAK BELAJAR DEKAT UNIVERSITI.

Anonymous said...

Ramai lagi yang akan pangkah BN,pergi jahanam dengan sumpah kamu tu,tiada orang nak hairan dgn sumpah tu.

Anonymous said...

Kami yang dulunya telah menjadi mahasiswa dan telah lulus dan bekerja tidak pula menghadapi apa-apa kesan dari AUKUU, dapat belajar dengan aman, menumpukan kepada mencari ilmu, penyarah pun tidak menyebut pun tentang AUKUU. Kenapa sekarang mahasiswa bermasalah dengan AUKUU. AUKUU hanya tidak digemari oleh mereka yang tak suka belajar tapi suka berpolitik.