Dah lama sangat Anak Sufi tidak menulis. Walaupun di hati ini begitu mendesak untuk berjuang bersama blogger yang lain, namun oleh kerana kecewa terhadap RK (kaki putar di IPRM) masih berbekas tambahan waktu yang tiada kelapangan maka Anak Sufi tidak mampu menulis seperti selalu.
Namun, setelah beberapa lama menyepi, jiwa sebagai pejuang Islam dan Melayu yang semulajadinya membara apatah lagi melihat kebiadaban DAP, maka anak sufi ketepikan kekecewaan tersebut dan terpaksa mencuri masa untuk bersama meneruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat blogger yang lain.
Baru-baru ni, Anak Sufi tertarik dengan kenyataan nik aziz bahawa beliau akan bertanding dalam PRU 13 yang akan datang. Mengapa nik aziz mahu terus bertanding sedangkan usia yang kian menipis dan fikiran yang kian terhakis ingatannya, serta keadaan fizikal yang semakin lemah menjamah usia 80 tahun pada tahun ini dan akan menginjak ke usia 81 tahun pada tahun depan, begitu tega untuk meneruskan niatnya untuk kekal bertanding dalam PRU 13?
Adakah keputusan itu kerana Islam atau keputusan tersebut sebenarnya untuk meraih undi dan mendapatkan sokongan penyokong PAS yang sangat taksub dengan nik aziz? Kesimpulannya, adakah nik aziz bertanding kerana Allah atau kerana parti?
Nik aziz merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang masih keramat di mata ahlinya. Justeru itulah mereka sanggup menyamakan beliau dengan nabi. kerana itulah, ustaz muda PAS gagal membezakan antaran nabi, ulama dan nik aziz. Adakah nik aziz sebenarnya ulama? ulama ke dia?
Jika nik aziz itu ulama, mengapa seringkali mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat islam dan sering mendoakan musibah atas umat islam yang tidak sealiran dengannya? Jika nik aziz itu ulama, sudah tentu nik aziz tahu membezakan kafir harbi dan kafir zimmi! Jika nik aziz itu ulama mengapa nik aziz begitu mudah mengkafirkan umat islam yang lain? adakah kerana nik aziz terlalu angkuh dengan ilmunya?
Mengapa nik aziz sanggup melihat perpecahan umat islam sekarang ini? Tidak bersalahkah dia melihat hasil didikannya mentarbiah pengikutnya membenci umat islam UMNO membuak hingga menghalalkan darah dan nyawa? Ulama kah dia? Anak sufi memetik petikan artikel yang disiarkan oleh seorang ulama pondok di bawah:
Hari ini, orang yang berkata-kata kesat, tidak memelihara hak sesama Muslim, merendah2kan umat Islam, bahkan mencaci dan mengkafir sesama Muslim, tidak menghormati Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda r.a., tidak menghormati ulama’2 terdahulu terus dipanggil seorang ulama’ kerana zahir di dalam program televisyen dan internet ataupun menggenggam segulung ijazah PhD ataupun menang bertanding di dalam sebuah parti politik atau memasuki parti politik atau menubuhkan persatuan di atas nama ulama’ atau pakaiannya dan sebagainya. Sungguh murah gelaran ulama’ ini untuk dijadikan batu loncatan dan pakaian.
Semoga kita terus dilindungi oleh Allah daripada kekufuran dan kekafiran!
1 comment:
Aku rasa sebab lain. Cuba baca Bajet Negeri Kelantan di sini:
JKKK(P) Kota Sarang Semut:
Post a Comment