RAKAN PEJUANG

28 July 2012

BLOGGER PRO KERAJAAN MEMANG BERANI MENYATAKAN YANG HAQ!

SALAM...


Hebatnya blogger pro Kerajaan! Hebat! Biarlah pencacai pembangkang maki hamun kita, tapi kita blogger pro Kerajaan tetap bercakap mengenai hak, kebenaran dan hakikat. Ada kalanya, untuk menyatakan kebenaran, kita terpaksa mengkritik dan terus mengecam pemimpin kerajaan @ BN yang masih tidak sedar diri dan bersikap mementingkan diri. Itulah hebatnya kita. Tidakseperti blogger dan pencacai pro pembangkang yang bagaikan burung kakak tua mengikut apa sahaja yang dinyatakan oleh pemimpin kesayangan mereka.


Dulu, isu Soi Lek dimaki kerana mengeluarkan kenyataan tentang salam dan hudud yang terang-terang menyinggung umat Islam. Soi Lek yang memang dah ada isu moral ni bukan diangkat oleh PM untuk menjadi ketua MCA. Oleh itu, adalah tidak adil untuk mengaitkan dengan UMNO @ Kerajaan. 




Kini satu lagi isu yang baru, iaitu isu YUDS Rais yatim selaku menteri penerangan telah membuat onar berkaitan dengan logo dan lirik lagu rasmi Kemerdekaan Negara yang ke-55. Kalau kita amati liriknya, ia amat sangat kurang relevan dengan kemerdekaan yang kita sambut ini. Logo juga turut dipertikaikan. Beberapa blogger pro kerajaan berasa kecewa dengan isu ini. Ini kerana isu ini dlihat amat mengganggu kredibiliti UMNO BN yang mana kita tahu, fitnah yang berleluasa terhadap kerajaan menjadi beban yang tidak tertanggung dan kini isu sebegini pula timbul. 


Satu lagi, DS Rais, tolonglah ambil tindakan terhadap golongan artis yang semakin berani berlagak seksi dalam majlis-majlis anugerah mereka. Tolonglah ambil tindakan segera terhadap pengisian televisyen yang terlalu banyak sangat hiburan sehingga meimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini. Tahukah DS bahawa, Kementerian DS adalah kementerian yang penting, yang berhubung terus dengan rakyat dan membudayakan rakyat. Oleh itu, ambil lah peranan dalam membudayakan masyarakat kita ke arah budaya yang dituntut oleh agama. Tidakkah DS sedar bahawa tindakan DS ini MEMBERIKAN IMPAK YANG BESAR pada imej PM dan kerajaan yang kita kasihi. 


JANGANLAH KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA! JANGANLAH HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI DAN JANGANLAH SOKONG MEMBAWA REBAH! MATA RAKYAT MEMERHATI TINDAKAN DS!

24 July 2012

BERHATI-HATILAH DENGAN MEREKA YAKNI GOLONGAN AL-KAFIRUN.

SALAM...


SEKADAR RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA UMAT ISLAM. BILA ANAK SUFI MEMBACA AL-QURAN SEBENTAR TADI, ANAK SUFI MEMBACA AYAT 118 SEHINGGA AYAT 120 SURAH AL-i-IMRAN DI MANA PERINGATAN ALLAH KEPADA UMAT ISLAM:



"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya." (118)

"Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. "(119)

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan." (120)

WAHAI SAUDARA SEISLAMKU, DI BULAN RAMADHAN INI, MARILAH KITA BERSANGKA BAIK SESAMA ISLAM DAN BERWASPADALAH PADA GOLONGAN KAFIR. JANGANLAH KITA LUPA JANJI MEREKA UNTUK MEROSAKKAN UMAT ISLAM KECUALI MEREKA YANG BERIMAN DAN BERTAQWA KEPADA ALLAH S.W.T.

20 July 2012

BERSATULAH UMAT MUHAMMAD S.A.W!

SALAM...


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA PEMBACA ANAK SUFI. MARILAH KITA BERDOA SEMOGA DENGAN KEDATANGAN RAMADHAN INI, SELURUH UMAT ISLAM BERSATU. SEBAGAIMANA PENUHNYA SURAU DAN MASJID DI KALA SOLAT FARDHU DAN SUNAT PADA MALAM BULAN RAMADHAN INI, SEBEGITU JUGA HARAPAN KITA AGAR UMAT ISLAM TERUS BERSATU UNTUK MEMARTABATKAN UMMAH. 


PARTI HANYALAH ALAT NAMUN, AGAMA ADALAH KEHIDUPAN. SALAM RAMADHAN!

19 July 2012

KAMI PERJUANGKAN KETUANAN RAKYAT!!!!!! MAKNANYA??

SALAM..

GUAN ENG KATA PAKATAN RAKYAT MENOLAK KETUANAN MELAYU DAN MENERIMA KETUANAN RAKYAT. APA MAKNANYA? MAKNANYA ADALAH TIDAK ADA RAJA, TIDAK ADA SULTAN DAN TIDAK ADA HAK ORANG MELAYU DI TANAH MELAYU. 


ORANG CHINA ADA NEGARA CHINA, ORANG INDIA ADA NEGARA INDIA, TAPI ORANG MELAYU YANG DULUNYA ADA TANAH MELAYU, AKAN DATANG BILA PR PEGANG KUASA, TIDAK ADA TANAH LAGI. INILAH AGENDA JAHAT DAPPIG CELAKA DALAM MENAFIKAN HAK ORANG MELAYU! 


ORANG PAS SANGAT BANGGA DENGAN PERUNTUKAN (GULA-GULA DAP) YANG 1.4 JUTA KEPADA SAR DI PP, TAPI MALANGNYA MEREKA TIDAK MELIHAT PULA BERAPA RATUS JUTA YANG KERAJAAN SUDAH BERIKAN KEPADA SEKOLAH AGAMA D SELURUH NEGARA.  JANGAN TENGOK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (TARBIAH PAS) SAHAJA. TAPI TENGOK JUGA SEKOLAH AGAMA SECARA UMUM. 


BENDERA MALAYSIA..BENDERA PAS????

SALAM..


NIK AZIZ KATA SELAIN NAK KIBAR BENDERA MALAYSIA, DIA PUN NAK KIBARKAN BENDERA PAS. NAMPAK SANGAT TAKSUBNYA PADA PARTI. ITU SEBAB ORANG PAS NI NAMPAK ORANG ISLAM YANG BUKAN PR MACAM MUSUH DIA. SEBAB KETAKSUBAN PADA PARTI DAN KETAKSUBAN PADA PEMIMPIN MACAM ORANG PAS NI MENYEBABKAN MEREKA LUPA PADA DIRI. TAPI HANYA SATU JE YANG BOLEH MENGAJAR DAN MENUNDUKKAN PAS! NAK TAHU SIAPA???????