RAKAN PEJUANG

05 February 2012

NIK AZIZ TAK BAGI KITA BERARAK SAMBUT MAULID NABI TAPI....

SALAM...

Kata Nik Aziz, zaman kanak-kanak dan remaja Nabi Muhammad sama seperti pemuda-pemuda yang lain. Kata Nik Aziz, Nabi Muhammad tidak ada beza dengan pemuda-pemuda lain seusianya sebelum menjadi rasul. Nabi Muhammad sama macam budak-budak lain je sebelum jadi Rasul. Nabi Muhammad tidak ada perkaitan dengan umat Islam sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad hanya dipandang tinggi setelah diangkat menjadi Rasul!

 Sebab itulah kata nik Aziz, sambutan maulid Nabi tidak perlu disambut beriya-iya dengan berarak dan berselawat di jalan. Kata Nik Aziz, sambutan maulid Nabi hanyalah bidaah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi. Nik Aziz nak kata, Nabi pun tak pernah sambut hari jadi dia. Jadi, kita tak perlu beriya-iya nak sambut ulang tahun kelahiran Nabi. 


Walaupun begitu nazaknya ucapan Nik Aziz terhadap personaliti Nabi Muhammad yang kita kasih dan cinta, walaupun begitu ceteknya pandangan Nik Aziz terhadap sambutan ulang tahun kelahiran Nabi kita, namun pengikut-pengikutnya tetap berdiri dibelakang Nik Aziz, tetap mengatakan Nik Aziz adalah pemimpin agama dan ilmuan ulama yang tersohor. Pengikut-pengikut Nik Aziz tetap kata Nik Aziz akan membawa mereka berbondong-bondong masuk syurga jika mengundi PAS, akan menghapuskan dosa-dosa mereka kerana menyokong PAS! 

Nik Aziz tak bagi berarak dijalanan kerana menyambut kelahiran Nabi, tapi Nik Aziz dan pemimpin PAS ajak ramai orang berarak di jalanan kerana memperjuangkan Anwar Ibrahim! 


Hm...Nik Aziz oh Nik Aziz! Bawa-bawalah berundur dari politik! Dah terlalu banyak kepesongan yang dibawa dan dah terlalu banyak perpecahan yang dikendong kerana politik sempit PAS.


Apapun, Anak Sufi ingin menyeru seluruh umat Islam agar perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat kepada baginda lah yang akan membawa syafaat nabi atas kita pada hari perhitungan di akhirat kelak. 


Pok Nik pun pandai gak potong kek ya! Bukan bidaah ke? Nabi pun tak pernah potong kek camni! Bukan ke potong kek ni budaya Barat pok Nik???????????

5 comments:

Anonymous said...

dia tak nak berarak sebab dah tua letih ooo nak berjalan 1, 2 KM, jadi bagi lah alasan apa-apa pun.

Anonymous said...

aduhhh kadang kadang heran jugak... confisued jugak... benda yg baik apa masalahnya kalau buat pun walau pun Nabi sendiri tak pernah sambut..lain le kalau kita kata menyambut dan berarak tu adalah wajib ... ni kita buat untuk mengangungkan lagi dengan cara kita.. tak ada pun kita potong kek unutk sambut maulidurrassul... ade ke penganut kristian berarak sambut kelahiran nabi Isa..

habis tu bila buat demontarsi jalanan macam bersih 2.0, 901 sokong pulak.. semakin hari semakin aku macam hilang keyakinan kat Tuan Guru Nik Aziz yg dulunya aku anggap antara pemimpim ulama yg harus menjadi idola untuk semua..arghhh frust aku!!!

Anonymous said...

orang tua kutuk nyanyuk ni jeles sgt sebenarnya sebab org tak sambut harijadi dia dengan berarak... bukan ke dia pun dah jadi nabi sekarang ni?

satu demi satu rupa sebenar n.ajis munafiqun ni ditayangkan oleh Tuhan! sedarlah wahai penyokong2 taksub wali syaitan ni..

Anonymous said...

kita umat islam dikehendaki berbanyak berselawat keatas nabi utk mendapatkan pertolongan dari Nabi... tapi TGNA kata tak perlu memperingati Nabi...benci sungguh TGNA pada Nabi mcm pengikut syiah yg membenci Nabi..

diahkirat nanti agak2nya umat islam nak dapatkan pertolongan Nabi ke atau TGNA???

itu kena tanya puak2 Pas...

Ali said...

penyokong2 taksub memang takkan persoal apa ja dia buat...diorg akan kata kt ta faham dgn masuk tok guru Nicky ni ..phui