RAKAN PEJUANG

19 January 2012

TAHNIAH KHALID IBRAHIM! EH...TAHNIAH DAP!!!!!!! PAS???????HAHAHAAA

SALAM..
 TAHNIAH!!!!!!!!!!

ANAK SUFI NAK UCAPKAN TAHNIAH BANYAK-BANYAK KEPADA KHALID IBRAHIM, MB SELANGOR YANG TELAH DILANTIK MENJADI EXCO PORTFOLIO HAL EHWAL ISLAM, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM DI SELANGOR MENGGANTIKAN DR. HASSAN ALI. 

YANG LEBIH BANYAK UCAPAN TAHNIAH ANAK SUFI ADALAH KEPADA PAS KERANA PAS YANG TELAH MEMPROMOTE DIRI MEREKA SEBAGAI AHLI SYURGA DAN PEWARIS NABI ITU HANYA LAYAK MEMEGANG PORTFOLIO ADAT RESAM MELAYU, BELIA DAN SUKAN DALAM PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR!


TAHNIAH PAS!!!! TAHNIAH!!!! TAHNIAH!!!!! SEBUAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA HANYA LAYAK DILANTIK MEMEGANG ADAT RESAM MELAYU! HAHAAAAAAA!!!!!!!!!!!!! KETAWA BESAR ANAK SUFI! ASTAGHFIRULLAH AL AZIM..... 


TERIMA KASIH DAP DAN PKR KERANA BERJAYA MEMPERLEKEHKAN PAS DAN MEMPERBODOHKAN PENGANUTNYA!!!!!!!! KALAU TAK SEDAR DIRI LAGI TU, TAK TAHU LAH NAK KATA APA! SESUNGGUHNYA SEMUANYA INI ADALAH PETUNJUK DARIPADA ALLAH BAGI MEREKA YANG SELALU MEMPERMAINKAN HADIS DAN AL-QURAN UNTUK KELANGSUNGAN POLITIK MEREKA!


TAHNIAH PAS!!!! TAHNIAH DAP!!!!!!!TAHNIAH KHALID YANG TELAH MEMEGANG PORTFOLIO HAL EHWAL ISLAM.....!!!!!!! HAL EHWAL ISLAM!!!! HAL EHWAL ISLAM TU!!!!!!!!
PARTI ISLAM?????????




HAHAHAHAHAHAAAAAAAAA!!!!!!!

13 January 2012

JIWA ANAK MUDA PERLU DIRAWAT SEGERA. KUMAN DAH MASUK OTAK!

SALAM..
Anak Sufi kesian melihat penyokong-penyokong Pakatan Haram yang sangat cintakan si kafir yang sangat membenci Melayu Islam, sangat cintakan si munafik yang sangat suka bertukar warna macam sesumpah dan sangat cintakan manusia yang sanggup mengenepikan perjuangan islam demi menjaga hati si kafir.


Anak Sufi rasa semua orang tau siapa yang Anak Sufi maksudkan. Kesian kerana mereka ini tidak langsung menyedari bahawa diri mereka sedang dipergunakan oleh manusia-manusia yang bertopengkan manusia tetapi di sebalik topeng tersebut tersembunyi tanduk-tanduk syaitan yang cuba menganggu gugat ketenteraman negara. 


Anak Sufi rasa sedih bila anak-anak muda kita sanggup menghina pejuang bangsa mereka hanya kerana terlalu percaya pada manusia-manusia munafik ni. Anak Sufi pernah terbaca dalam fb mengenai komen seorang anak muda. Katanya, UMNO penuh rasuah, UMNO kroni, UMNO benci Islam, dan pelbagai lagi tohmahan yang tak masuk akal. Malahan ada di antara anak muda kita yang membuat kesimpulan, jika Pakatan Rakyat menang, rasuah zero, kroni zero, undang-undang hudud akan ditegakkan. Amboi! mudahnya pemimpin pembangkang menggula-gulakan anak-anak muda ni kan? 
Dalam dunia ni tidak ada rasuah zero. tidak ada kroni zero. Undang-undang Hudud? DAP dah berdehem, PAS terus tukar tajuk. Mana ada sebut hudud lagi sekarang ni? Hudud PAS hanyalah untuk meraih undi daripada mereka yang kurang bijak. 


Mereka hanya mewujudkan persepsi semata-semata tanpa bukti. Persepsi yang ditanam dalam pemikiran anak-anak muda mengenai UMNO. Malangnya, anak-anak muda kita percaya tanpa usul periksa. Bila ditanya mana bukti dan bila diterangkan dengan fakta, penyokong pembangkang ini tidak ada modal menepis selain daripada maki hamun dan mengatakan orang UMNO ni masuk neraka. Tu je! Malang sungguh kita orang Melayu yang beragama Islam mempunyai generasi masa depan sebegini. Nasib baiklah tak ramai kerana ramai di luar sana yang menyokong kepimpinan negara.


Anak Sufi cuma nak tanya pada bebudak muda ni, kalau negara kita tak Islam, Adakah mereka mampu untuk menjadi orang Islam yang kononnya lebih Islam daripada orang UMNO. Kalau negara kita tak Islam, berkurangkah sekolah-sekolah agama di negara kita ni, kurangkah surau, kurangkah masjid, malahan banyak kah tokong daripada masjid (kecuali Kelantan)?. Siapa bebudak ni sebenarnya? adakah mereka ni benar-benar tahu hukum Islam? Alangkan negara-negara Islam lain pun, hatta Arab Saudi sendiri mengaku kita negara Islam yang maju, tapi orang-orang kerdil seperti penyokong-penyokong Pakatan Haram ni, lebih sudu daripada kuah!
Sedih pun ada bila ada anak-anak muda kita ni sanggup mempertahankan DAP dan menuduh UMNO ini rasis, UMNO ini lebih jahat daripada DAP! Anak Sufi tak salahkan mereka dalam hal ni. Anak Sufi salahkan PAS yang sangat suka menimbulkan persepsi bahawa UMNO itu kafir lebih kafir dari orang kafir.Siapa sebenarnya dajjal di negara kita ni? DAP hanya menangguk di air keruh! Tapi yang tukang keruhkan air itu siapa? Carilah jawapannya!

11 January 2012

WANITA PAS YANG TAK SENONOH NI TAK DIPECAT KE WAHAI POK NIK?????

SALAM....
Ini Wanita PAS
Kata Wanita PAS (tak perlu disebut muslimat!) yang terkinja-kinja setelah nuar dibebaskan, kemenangan milik rakyat. Nuar tu mewakili rakyat ke? Rakyat mana? Apalah punya sengal mereka ni. Cuba lah kalau wanita UMNO atau Puteri UMNO yang terkinja-kinja macam tu, siap bersalam lagi dengan polis-polis lelaki di situ, alamatnya seluruh ahli UMNO dan seluruh penyokong UMNO akan didendangkan masuk neraka. 
ini anak muda PAS

Inilah manusia-manusia munafik! Kata orang pandai, tapi bilakena batang hidung sendiri, semuanya baik. Anak Sufi rasa  pelik melihat mereka yang melalak-lalak kegirangan seolah-olah Putrajaya tu dah sah-sah dalam tangan mereka. Adakah dengan terlepasnya nuar dari hukuman maka pastinya nuar akan jadi PM? Siapa rakyat yang mereka maksudkan? Kalau setakat Pakatan Rakyat yang dah kian hancur tu, lupa kan je lah. Silent majority yang tengah melihat gelagat kalian ni semakin hari semakin muak dan mual dengan tindakan puak-puak pembangkang ni.

Wahai pembangkang, jangan mimpilah nak tawan Putrajaya! Jangan Mimpilah! Kalian hanya layak terkinja-kinja macam tu je. Nak jadi kerajaan? Sorry lah! Pemimpin kalian bukan tahu buat kerja pun. Yang mereka tahu, pusing satu dunia, pusing satu negara, berceramah maki hamun sana-sini. Kerja terbengkalai! Piiirahhhh!!!!!!!!

Jom layan gelagat muslimat PAS yang merapu dan  memalukan diri sendiri!


09 January 2012

NIK AZIZ KATA HASSAN ALI TAK SENONOH DAN LAYAK DIPECAT?????

SALAM...
Hassan Ali Telah Dipecat Hanya Kerana Mengkritik Anwar Ibrahim. Hassan Ali Dipecat Kerana Mengajak Pas Memperkasakan Akidah Umat Islam. Hassan Ali Dipecat Kerana Menyeru Umat Islam Pas Menyertai Himpunan Sejuta Umat. Hassan Ali Dipecat Kerana Menyeru Pas Kembali Semula Kepada Perjuangan Membina Negara Islam Dan Bukan Berslogankan Negara Kebajikan. Hassan Ali Dipecat Kerana Mengarahkan Botol-Botol Arak Dikeluarkan Dari Kedai Seven 11 Di Shah Alam. Hassan Ali Dipecat Kerana Dap Tidak Suka Hassan Ali. Hassan Ali Dipecat Kerana PKR Membenci Hassan Ali.



Sebentar Tadi, Dalam Buletin Tv3, Nik Aziz Ditanya Pandangannya Mengenai Pemecatan Hassan Ali. Tahu Tak Apa Yang Nik Aziz Kata? Mana-Mana Parti Pun Akan Memecat Orang Yang Tak Senonoh. Jadi, Nik Aziz Kata  Hasan Ali Ni Orang Yang Tak Senonoh!

Tahu Tak Apa Makna Tak Senonoh? Maknanya Orang Yang Berperangai Buruk! Pelik Kan? Dimana Tak Senonohnya Hassan Ali Ni? Adakah Hanya Kerana Mengkritik Anwar Ibrahim Tu Tak Senonoh? Adakah Hanya Kerana Dia Kata Hadi Awang Atau Nik Aziz Lebih Layak Jadi Pm Berbanding Anwar Yang Rendah Moralnya Itu Dikatakan Tidak Senonoh????? Adakah Hanya Kerana Mengajak Umat Islam Pas Memperkasakan Akidah Umat Islam Itu Tak Senonoh?

Astaghfirullah...Sesungguhnya Nik Aziz Memang Sangat-Sangat Perlu Meletakkan Jawatan Segera. Kerana Apa?? Kerana Dia Dah Terlalu Tua Untuk Berfikir. Fikirannya Semakin Hari Semakin Celaru Dibuat Oleh Anwarinas Dalam Pas.

Anak Sufi Cuma Nak Tanya, Manakah Yang Lebih Tak Senonoh, Si Badrul Amin Yang Mengangkat Anwar Menyamai Imam Mahadi Dan Mat Sabu Penjilat Tegar Dap Dengan Hassan Ali Yang Mempertahankan Akidah Umat Islam?

Pas Memang Dah Tak Relevan Lagi!

901 -KAKITANGAN AWAM, PELAJAR TOLONG JANGAN LIBATKAN DIRI!

SALAM...
Hari ini nuar akan buat kacau lagi. Geng-geng pembakang khususnya PKR akan berjuang sehabis mungkin untuk membela nuar jika nuar didapati bersalah. Anak Sufi sebagai rakyat negara ini memandang usaha mereka ini adalah satu perbuatan yang salah disisi agama dan salah disisi undang-undang negara. 


Kepada adik-adik pelajar, mahasiswa-mahasiswi harapan negara, jadilah orang yang bijak. Cuba lah kalian renung, Apakah sumbangan PKR, PAS dan DAP kepada negara? Buktikan jika mereka ada sumbangan. Mereka hanya tahu berceramah sana sini. Kurang bekerja tetapi suka bercakap dan meronda satu negara. Itu sahaja jasa mereka. Sesiapa yang kurang bersetuju dengan mereka, akan dipecat walaupun bercakap sesuatu yang benar.


Oleh itu, adik-adik semua, dan semua kakitangan kerajaan, jangan ambil risiko menyerah diri menyanggah undang-undang negara. Anwar itu bukan sesiapa. Dia adalah manusia terbuang yang cuma hanya pandai memanipulasi kalian untuk kepentingan dirinya. Jika tidak begitu, masakan dia sanggup mengatakan bahawa pembangkang perlu menang untuk membebaskan dia! Lucu bukan?

06 January 2012

PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT DITOLAK, PERHIMPUNAN BEBASKAN ANWAR DIAJAK! PAS DAH SEWEL????

SALAM...


Perjuangan PAS memang sudah tersasar dari matlamat asal mereka. Sebagaimana yang dikatakan oleh Dr. Hassan Ali, semasa perhimpunan sejuta umat dulu, PAS melarang ahlinya untuk bersama sedangkan perhimpunan itu mengenai perjuangan aqidah umat islam, mencari jalan untuk penyatuan ummah, demi menegakkan agama dan demi mempertahankan maruah Islam. Mengapa PAS menolak himpunan ini? Mengapa? Mengapa? Apa yang dah berlaku? Kerana politik sanggup gadai agama? Kerana taksub pada kuasa dan kerana nak jaga sangat hati si kafir harbi DAP tu sanggup membelakangkan agama?
Kenapa bila tiba nak selamatkan nuar brahim, bila balaci2 nuar brahim ajak berhimpun untuk bebaskan nuar yang dah rosak moral dan akhlaknya tu, nuar yang menyokong si ambiga tentang kebebasan homoseksual tu, Pesuruhjaya PAS Selangor dan pemimpin PAS sedia ada mengajak pengikut2 PAS ikut serta dalam perhimpunan bebaskan anwar? Apa dah jadi dengan puak-puak PAS ni? Dah gilakah mereka? Yang haq ditentang, yang bathil dijulang? 

Sebagaimana kata dr. hassan ali, nuar telah diberi ruang yang sangat banyak oleh mahkamah untuk membela diri, malahan buat 60 kali penangguhan. Nuar sendiri yang tidak mahu membela diri dikandang pesalah. Nuar memilih mendiamkan diri! Tahu tak apa makna mendiamkan diri dalam istilah perundangan? Maknanya, nuar memang bersalah! 

Inikah orang yang diangkat oleh PAS untuk dijadikan pemimpin tertinggi negara? Kenapa hanya kerana nak bebaskan nuar, sanggup PAS bersekongkol sekali lagi dengan pengerusi homoseksual si ambiga bersama mencetuskan huru hara dalam negara? Kenapa tidak percaya pada kehakiman negara? Keadilan apa yang nak diperjuangkan? Nuar telah diberi peluang seluasnya untuk membela diri! Adakah itu tidak cukup untuk keadilan????? Penangguhan kes sebanyak 60 kali itu bukan keadilan???? Keluar negara sesuka hati itu bukan keadilan???? Boleh berucap sana sini, maki hamun orang lain dengan sesuka hati itu bukan keadilan???? Keadilan apa lagi yang perlu diberi pada Anwar??? Keadilan apa lagi??? Apa lagi yang mereka mahu???? 

Anak Sufi yakin, andaian pembangkang bahawa BN akan tumbang dalam PRU 13 nanti akan makan diri mereka sendiri. Sebenarnya rakyat dah muak dan mual dengan sikap pembangkang yang begitu terdesak untuk memerintah sehingga sering menimbulkan huru hara dan ancaman kepada negara sedangkan negeri2 yang diperintah oleh mereka saban hari semakin sakit dan busuk. 

PAS MEMANG DAH SEMAKIN SESAT DARI PERJUANGAN ASAL MEREKA! BUKANKAH ALLAH MEMBENCI MEREKA YANG SUKA MELAKUKAN KEROSAKAN?

03 January 2012

MEREKA TAK LAYAK! BUANGKAN SAJA!

Salam....
Sejak akhir-akhir ni nama UPSI atau Universiti PENDIDIKAN Sultan Idris yang merupakan satu-satunya Universiti yang mengeluarkan graduan pendidik telah menjadi hot dan famous. Kalau universiti lain hot dan famous kerana akademiknya, malangnya UPSI hot dan famous kerana seorang murid (tak layak digelar mahasiswa pun!) yang belajar di UPSI ni bersama sekawan rakan-rakannya telah memalitkan lumpur hitam berbau hamis dan iseng ke muka TNC dan pihak pengurusan UPSI.

Murid yang kononnya cuba jadi hero AUKU ni, tidak layak langsung digelar guru apalagi pendidik. Memang sangat tak layak! Untuk menjadi seorang guru, mahasiswa keguruan ini perlu memiliki IQ dan EQ yang tinggi. Malang sekali, sudahlah IQ tak tinggi, EQ juga sangat rapuh. Budaya menjerit-jerit, mengugut polis, celupar dan biadab serta kurang ajar kerana tidak menghormati PM yang dibawa oleh sekawan murid-murid yang menumpang belajar di UPSI ini jelas sekali boleh memberikan impak negatif yang sangat besar kepada generasi yang akan mereka ajar nanti. 

Anak Sufi sangat bimbang jika mereka dibiarkan terlepas ke sekolah, ia akan membawa palitan lumpur hamis dan busung menyerap dalam jiwa anak-anak yang mereka ajar kelak. Justeru, UPSI perlu ambil tindakan. Khaled Nordin juga perlu ambil tindakan. Mereka ini selayaknya digugurkan sahaja daripada menyambung ilmu di UPSI. Mereka menjadi ganas, bongkak dan sombong kerana di belakang mereka ada pemimpin pakatan haram. Mereka ini digula-gulakan dengan kesenangan dan direkrut untuk mempengaruhi seramai mungkin mahasiswa lain untuk bersama mereka. 

Yang mengikut tidak sedar mereka adalah alat dan kambing hitam yang digunakan oleh Pemimpin Pembangkang untuk kepentingan politik mereka. 

Ternyata budak-budak ini tidak bijak. Wahai anak muda, jika syurga yang kamu inginkan bukan dengan cara baring atas jalan tapi menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu itu lebih mulia daripada kamu membuang masa melakukan perbuatan yang boleh menyusahkan semua orang! 

Tahniahlah Anwar Ibrahim kerana telah berjaya menggula-gulakan budak berhingus yang dungu dan biul! Buktinya jelas! 


SIAPAKAH YANG MENGHANCURKAN ANAK MELAYU SEBENARNYA???????