RAKAN PEJUANG

20 October 2011

PENOLAKAN PAS TERHADAP PERHIMPUAN SEJUTA UMAT HANYALAH KERANA TAKUTKAN DAP?????

SALAM
ANAK SUFI DAN MUNGKIN JUGA PENGIKUT PAS SENDIRI TERTANYA-TANYA MENGAPA PAS MENOLAK PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT YANG AKAN BERLANGSUNG DI STADIUM SHAH ALAM SABTU NI. BAGAIKAN TIDAK MASUK AKAL, SEBUAH PARTI YANG DULUNYA MELETAKKAN ISLAM TERLEBIH DAHULU DARIPADA NYAWA MEREKA KINI BAGAIKAN MENUKAR HALA TUJU 360 DARJAH. SANGAT MEMALUKAN. 


WAHAI PENGIKUT PAS, APA LAGI TUNGGU? KELUAR SAJA DARI KELOMPOK PARTI POLITIK KALIAN YANG KINI LEBIH CONDONG MENCINTAI DAP DARIPADA MENCINTAI ALLAH S.W.T. MENCINTAI DUNIAWI LEBIH DARIPADA UKHRAWI. FITNAH MEMFITNAH, CACI MENCACI, MAKI MEMAKI SUDAH MENJADI RENCAH DALAM CERAMAH MEREKA. TAPI BILA DIAJAK BERSATU, DIAJAK MENENTANG MURTAD, DIAJAK UNTUK MEMPERTAHANKAN UMAT ISLAM YANG KIAN LEMAH NI, PAS MENOLAK. PAS TAKUT PADA KERETAKAN HUBUNGAN DENGAN DAP. 


ALASAN PAS, TIDAK MAHU TERLIBAT DENGAN ISU AGAMA. AMBOI SEDAPNYA CERITA. INI BUKAN SOAL NAK BERPERANG DENGAN AGAMA LAIN, INI SOAL PENYATUAN UMMAH. KITA PERLU BERSATU. UMAT ISLAM DI NEGARA NI DAH SEMAKIN GOYAH. BUKANKAH PAS JUGA MEMPUNYAI PERANAN UNTUK MEMPERTAHAN DAN MEMPERKEMBANGKAN ISLAM DI NEGARA NI? JANGAN NAK MENYALAHKAN KERAJAAN SEMATA-MATA DI ATAS APA YANG BERLAKU. TENGOK SAJA DI KELANTAN, KES PERCERAIAN, KES ZINA PUN BERLELUASA. PAS ASYIK NAK BERPOLITIK HINGGA LUPA TANGGUNGJAWAB ASAL MEREKA.


ANAK SUFI MENYERU KEPADA SELURUH PENGIKUT PAS, DATANGLAH KE PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT NANTI. JIKA SEWAKTU PERHIMPUNAN BERSIH, SANGGUP KALIAN BERAMAI-RAMAI DATANG MEMBERI SOKONGAN PADA AMBIGA, MENGAPA TIDAK PADA PERHIMPUNAN UMAT ISLAM INI? INI BUKAN SOAL POLITIK. TAPI SOAL KEKUATAN UMAT ISLAM. BUKTIKAN KEPADA DUNIA BAHAWA DI NEGARA INI, UMAT ISLAM MASIH KUKUH DAN TEGUH. UMAT ISLAM DI NEGARA INI TIDAK GENTAR PADA PERCATURAN POLITIK SEMATA-MATA. UMAT ISLAM DI NEGARA INI MASIH KUKUH DAN TIDAK MUDAH DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH MANA-MANA PIHAK YANG CUBA MELEMAHKAN KITA. 


ANAK SUFI MENCADANGKAN AGAR PAS TUKAR JE NAMA. JANGAN LAGI MENGGUNAKAN NAMA ISLAM DALAM PARTI POLITIK KALIAN. PAS SUDAH TIDAK ISLAM LAGI. PAS HANYALAH ALAT DAP UNTUK MENDAPAT PENGARUH ORANG MELAYU DEMI KELANGSUNGAN POLITIK MEREKA KE PUTRAJAYA! PAS HANYALAH ALAT! ALAT! ALAT! 


BEGITULAH HINANYA PAS (YANG AHLINYA KONONNYA SANGAT ISLAMIK) DI MATA KAFIR DAPPIG! BILAKAH KALIAN NAK SEDAR????

8 comments:

Anonymous said...

Aku yakin ahli PAS semua sedar & maklum tentang perkara ini..tapi tak nak mengaku & tak nak menerima hakikat...hati diorang ni dah diisi dengan kebencian terhadap UMNO yg sama pegangan agama dgn mereka..Kebencian tu dah ditanam sejak dari PASTI lagi..sedar la woi...

Anonymous said...

Adakah Pemimpin Islam PR Selangor berlaku adil kepada penduduk Islam Seksyen 19 dan Seksyen 23? Kenapa kerajaan Selangor keluar risalah bila penduduk Islam Sek 23 buat demo kepala lembu konon menghina Agama Hindu? Kenapa Hindu bawa patung besar berarak bergendang tengah malam depan rumah penduduk Islam Sek 19 tidak ada tindakan segera?. Kenapa kuil besar ditapak satu ekar hendak dibina berhampiran kawasan majoriti Islam Sek 23?. Malah dalam petikan risalah dibawah jelas membela Hindu kuil yang buat provokasi kepada penduduk Sek 19. Penduduk Sek 23 disokong 10 NGO tetapi hanya Pewaris saja yang disebut dalam risalah. Pemimpin NGO pewaris telah diserang Khalid Samad pada 8/1/2009 kerana membantu penduduk Seksyen 19. Semak Minaq Jinggo AP Shah Alam Pertahan Kuil Januari 2009.

Memahami Isu Pemindahan Kuil Sri Mariamman di Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam

Siapakah dalang disebalik bantahan keterlaluan yang diadakan baru-baru ini?

Demonstrasi membantah pemindahan Kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang diadakan baru-baru ini melibatkan kurang daripada 50 orang yang tidak berpuas hati dengan cadangan Kerajan Pakatan Rakyat Selangor untuk memindahkan Kuil tersebut ke Seksyen 23.

Namun, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor percaya, keadaan ini berlaku apabila Jawatankuasa Bertindak tersebut telah diberikan maklumat yang tidak tepat oleh sesetengah pihak mengenai proses pemindahan itu. Bantahan berlaku ketika Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Pejabat Parlimen Shah Alam telah bersedia dan bersetuju untuk berdialog dengan para penduduk Seksyen 23.

Oleh itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor percaya pihak daripada organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu PEWARIS mempunyai agenda politik mereka tersendiri. Kemuncak kepada bantahan penduduk ialah apabila pihak PEWARIS ini telah meletakkan lambang berkaitan agama (kepala lembu) yang dianggap sensitif bagi penganut agama Hindu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor. Selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga percaya, PEWARIS ketika bantahan itu, telah menghasut para penduduk untuk mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman. Bantahan yang didalangi mereka ini dianggap keterlaluan apabila bantahan yang sedemikian dilakukan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Secara tidak langsung, PEWARIS bukan sahaja tidak menjaga sesnsitiviti agama lain malah telah mencemarkan bulan Ramadhan dengan tindakan keterlaluan mereka itu.

Malah pihak ini jugalah yang mendalangi bantahan para penduduk Seksyen 19 supaya kuil tersebut dipindahkan ke lokasi lain sesegera mungkin. Nyata, PEWARIS telah memainkan peranan sebagai agen provokasi untuk memulakan pertelingkahan kaum dikalangan masyarakat. Jelas, sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan membenarkan api-api perkauman dimainkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik mereka tersendiri. Selain itu, terdapat juga ugutan ke atas Jawatankuasa Kuil dan para penganut agama Hindu dengan mengganggu upacara sembahyang mereka, menceroboh kuil dan memakai t-shirt "Unit Jihad". Nyata, ini merupakan provokasi perkauman yang didalangi pihak-pihak yang mempunyai agenda politik dan seterusnya mencemar maksud jihad dalam agama Islam.

Pihak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi kepercayaan sepenuhnya kepada para penduduk Seksyen 23 bahawa mereka tidak akan bertindak membatasi tatasusila dan toleransi kaum masyarakat majmuk. Bantahan tersebut tercemar apabila PEWARIS melanggar adab dan tatasusila masyarakat Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

MENOLAK POLITIK PERKAUMAN, MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK SEMUA

Anonymous said...

Petikan artikel Khalid Samad pada 12/01/2009 yang menuduh NGO sebagai UMNO buat provokasi kepada Kuil Hindu. Kenapa batalkan pemindahan kuil diluluskan BN Dis 2007?. April 2008 Hindu gantung bendera PAS dan PKR kata dua parti sokong kuil tak payah pindah. Gangguan kuil sudah keterlaluan ganggu penduduk. Aduan tiada tindakan. Penduduk minta bantuan NGO.

Undang-undang Double Standard dan BN

Mungkin UMNO dalam isu ini ingin menggunakan dasar ‘divide and rule’. Mereka tak senang melihat orang berbilang agama dan berbilang kaum bersatu atas isu yang seperti ini. Mereka hanya inginkan orang Melayu Islam sahaja bersatu supaya mereka boleh berkata kepada PAS, “lihat, kita ada banyak persamaan, marilah kita bersatu”.


Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.

Tetapi yang anehnya tindakan provokasi mereka langsung tidak dihalang. Polis ada tetapi hanya melihat. Terkenang pula kita peristiwa Ahmad Ismail Penang dulu. Dia yang mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan hasutan, Teresa Kok dan RPK yang ditahan ISA! Inilah double standard kerajaan BN yang akan hanya menambahkan meluatnya rakyat terhadap mereka. Ini menimbulkan banyak persoalan. Adakah pihak polis bersetuju dengan tindakan Pewaris? Adakah Pewaris mempunyai pelindung sehingga polis tidak bertindak walaupun kegiatan Pewaris jelas provokasi? Adakah provokasi dan ketegangan kaum yang mereka inginkan? Jawapan kepada persoalan ini hanya mampu dijawab oleh saudara semua, mengikut penilaian dan kebijaksanaan masing-masing. Yang jelas ada double standard! Yang lagi jelas, double standard ini tidak akan berakhir selagi BN memerintah.

Bagi penghuni Seksyen 19, khususnya yang rumah mereka seberang jalan kuil berkenaan, bersabarlah. Pihak kuil sudah bersetuju untuk berpindah hanya ‘kita’ sahaja yang belum memberikan mereka tempat alternatif yang boleh diterima oleh mereka. Sambil menunggu mereka tidak dibenarkan membuat apa-apa pembinaan di kuil tersebut, sehingga bumbung mereka terus merupakan trampolin (kanvas) yang ditembusi hujan bila ianya hujan. Tandas mereka bagaikan pondok usang yang akan roboh pada bila-bila masa. Isu penempatan baru kuil ini akan diselesaikan tak lama lagi, insyaAllah. Pada bulan 10 selepas Raya kita telah berbincang dengan semua pihak. Sepatutnya dah ada keputusan sbelum ini. Malangnya Dato’ Bandar ke luar negara dan seterusnya mengikuti kursus. Hanya baru-baru ini dapat bertemu kembali.

Sebelum datangnya gerombolan Pewaris kami telah bermesyuarat. Ada beberapa tapak yang dicadangkan. Pihak kuil akan menziarahi tapak-tapak ini sebelum memberi kata putus. Harap-harap boleh selesai dengan baik. Sekiranya dapat selesai, maka ianya akan merupakan kejayaan besar kerajaan PR. Sedangkan UMNO/BN hanya pandai menimbulkan masalah. Seperti Pewaris. Mereka ingin mengusir kuil tersebut. Soalnya, ke mana? Mereka tak tahu dan mereka tak kisah. Tetapi, itu bukan cara kita menyelesaikan masalah, itu hanya menambahkan masalah.

WalLahu 'Alam

Posted by Khalid Samad at 5:35 PM Labels: BN, Islam, PR, Shah Alam, UMNO.

Anonymous said...

Semak blog berikut untuk mengetahui cerita sebenar masalah dihadapi penduduk Islam Sek 19 Shah Alam.
TK. anon 11:36

http://www.khalidsamad.com/2009/01/undang-undang-ds-atau-bn.html

http://kuilharam.blogspot.com/2011/08/memahami-isu-pemindahan-kuil-sri.html

http://xavierjayakumar.blogspot.com/2009/09/memahami-isu-pemindahan-kuil-sri.html

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1776895

Anonymous said...

bodoh lu belajar agama le dulu ce tanya murtad ni sebab apa jgn dok berarak bukan pahala tapi dosa sebab jahil

anak sufi said...

tu lah masalah penganut pakatan haram ni. yang halal kata haram, yang haram kata halal. lepas tu maki orang dan pandang orang jahil tak berilmu. penuh dengan ego dan kesombongan. mereka inilah manusia yang rugi.

Anonymous said...

Anak sufi,kamu ni betul-betul anak seorang sufi atau bapa kamu bernama sufi?Dari nama yg digunakan rasa-rasanya kamu ingin dilihat sebagai alim dan baik.Kalau anak sufi bukan ahli Umno,habis berjuang atas tiket apa?NGO?Ngo boleh memerintah ke?boleh buat peraturan ke? setakat bagi ceramah dan kesedaran,berapa ramai yg nak ikut?berhimpunlah sejuta atau 2 juta tapi kalau perkara asas tidak ditegakkan,apa gunanya?

yg kamu anak sufi beriya meminta semua org datang utk apa? menyelamatkan akidah Islam? bagus. saya puji langkah itu.Azmi Abdul Hamid (pengerusi bersama Himpun) pun kata ia tidak melibatkan isu politik.yang anak sufi sibuk nak komen pas tak menyertai himpun ini kenapa?

akidah umat Islam tergugat dgn kebanjiran hiburan melampau.muda-mudi disogok dgn aktiviti sosial yg menjauhkan diri mereka dengan masjid.anak sufi pernah dengar mufti perak Dato' Harussani mendedahkan tentang banyak kes murtad dari dulu lagi kan? kenapa sekarang baru nak berhimpun? adakah sebab dah dekat pilihanraya?anak sufi ada pergi ke perhimpunan sejuta belia di putrajaya? apa komen anak sufi?

saya nak tanya apa pandangan kamu tetang Hudud? apakah kamu merasa bahawa hudud yg dilaksana oleh pas adalah hudud versi pas dan bukan versi Islam?kamu dah tengok drafnya?siapa kamu anak sufi untuk menilainya?kalau kes zina di mana-mana ada,x perlu sebut di kelantan.anak sufi orang mana?kamu patut bersyukur kerana kamu tidak dipilih oleh Allah untuk menjadi orang yang berzina.kalau nak sebarkan islam(mcm bendera kat blog anak sufi) kamu berdiri atas platform apa? di malaysia cuma dengan parti politik je boleh memerintah.kalau dgn NGO tak boleh memerintah.nama blog memang sedap 'anak sufi' tapi tak sebagus blog anak sungai derhaka walau namanya x sedap.kalau nak berdakwah secara neutral,janganlah berat sebelah.

Renung-renungkanlah.

Anonymous said...

Anak sufi,kamu ni betul-betul anak seorang sufi atau bapa kamu bernama sufi?Dari nama yg digunakan rasa-rasanya kamu ingin dilihat sebagai alim dan baik.Kalau anak sufi bukan ahli Umno,habis berjuang atas tiket apa?NGO?Ngo boleh memerintah ke?boleh buat peraturan ke? setakat bagi ceramah dan kesedaran,berapa ramai yg nak ikut?berhimpunlah sejuta atau 2 juta tapi kalau perkara asas tidak ditegakkan,apa gunanya?

yg kamu anak sufi beriya meminta semua org datang utk apa? menyelamatkan akidah Islam? bagus. saya puji langkah itu.Azmi Abdul Hamid (pengerusi bersama Himpun) pun kata ia tidak melibatkan isu politik.yang anak sufi sibuk nak komen pas tak menyertai himpun ini kenapa?

akidah umat Islam tergugat dgn kebanjiran hiburan melampau.muda-mudi disogok dgn aktiviti sosial yg menjauhkan diri mereka dengan masjid.anak sufi pernah dengar mufti perak Dato' Harussani mendedahkan tentang banyak kes murtad dari dulu lagi kan? kenapa sekarang baru nak berhimpun? adakah sebab dah dekat pilihanraya?anak sufi ada pergi ke perhimpunan sejuta belia di putrajaya? apa komen anak sufi?

saya nak tanya apa pandangan kamu tetang Hudud? apakah kamu merasa bahawa hudud yg dilaksana oleh pas adalah hudud versi pas dan bukan versi Islam?kamu dah tengok drafnya?siapa kamu anak sufi untuk menilainya?kalau kes zina di mana-mana ada,x perlu sebut di kelantan.anak sufi orang mana?kamu patut bersyukur kerana kamu tidak dipilih oleh Allah untuk menjadi orang yang berzina.kalau nak sebarkan islam(mcm bendera kat blog anak sufi) kamu berdiri atas platform apa? di malaysia cuma dengan parti politik je boleh memerintah.kalau dgn NGO tak boleh memerintah.nama blog memang sedap 'anak sufi' tapi tak sebagus blog anak sungai derhaka walau namanya x sedap.kalau nak berdakwah secara neutral,janganlah berat sebelah.

Renung-renungkanlah.