SALAM PERJUANGAN...
Percaya atau tidak, negara kita kini menjadi tumpuan dunia. Pemerhati politik, para jurutera penerbangan, pilot pesawat, serta seluruh yang terlibat dengan syarikat penerbangan sedang melihat kita mengendalikan sebuah episod tragis yang sangat misteri. Anak Sufi sudah berulang kali menulis tentang MH370. Ini kerana peristiwa ini amat meruntun hati kita rakyat Malaysia dan membawa kepada pemerhatian dunia pada cara bagaimana kita mengendalikan peristiwa yang merupakan pertama kali berlaku didunia sekarang ini.
Sebagaimana yang AS katakan tadi, mata dunia sedang memandang kita. Mereka memerhati kita. Mereka merasai kita dan ada mereka yang sedang menghina kita. Namun, kita rakyat Malaysia ada suara. Suara ini menjadi azimat keramat kehebatan negara ini dalam mengendalikan krisis yang sebegini sukar. Suara ini adalah bicara daripada Menteri Pertahanan dan juga pemangku Menteri Pengangkutan kita iaitu DS Hishammuddin yang setiap hari berdiri tegap di hadapan mata dunia dengan mempamerkan kestabilan emosi dan kekuatan fikiran setiap kali mengadakan sidang akhbar.
Apa yang AS bicarakan ini adalah maklum balas daripada sebuah artikel yang ditulis oleh Satish Cheney yang bertajuk Is Hishammuddin Hussein, voice of Malaysia on flight MH370, headed for the top? yang telah diterbitkan dalam akhbar South China Morning Post Asia hari ini. Sila Klik di sini
Orang luar memandang hebat lelaki yang bergelar Hishammuddin ini kerana mereka melihat beliau sebagai seorang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk diangkat menjadi perdana menteri satu hari nanti. Melalui pengalaman beliau yang sangat banyak dan telah bertugas dalam pelbagai portfolio pasti memberikan kelebihan pada DS Hisham jika benar beliau bakal menerajui negara ini kelak.
Dunia sedang memandang kita. Dunia sedang memerhati kita. Mereka sentiasa mengintai peluang untuk mentertawakan kita jika kita gagal mengurus konflik ini sebaiknya. Namun, kita perlu bersyukur dan meletakkan kepercayaan yang sangat luar biasa pada seorang lelaki yang luar biasa komitmen dan penampilannya di mata dunia ketika ini yang sedang bertungkus lumus, tanpa mengira siang dan malam berusaha keras menerajui pencarian MH370 tanpa mudah menyerah dan mengaku kalah. Lelaki ini berjanji akan meneruskan pencarian tanpa batas masa. Lelaki ini lah menjadi suara kita dan menjadi wajah kita rakyat Malaysia yang sedang menjadi tontonan mereka di luar mahupun musuh yang berada di dalam.
Lelaki itu adalah DS Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.negara ini. Semoga Allah terus memberikan kekuatan pada lelaki ini.