Salam Perjuangan...
Anak Sufi dah lama berehat daripada alam blogger. Sejak PRU 13, AS lebih banyak memantau, memerhati, menilai senario politik negara. Walau berehat daripada menjadi blogger namun, jiwa AS tetap cinta pada UMNO dan BN.
Pelbagai isu yang tertera di dada akhbar yang membuatkan AS kadang-kadang teringin untuk memberi respon tetapi AS pendamkan saja kerana AS rasa biarlah otai-otai blogger yang lain memberi respon kepada pelbagai isu.
Dalam pemerhatian AS, melalui pembacaan dan penelitian pada isu negara, kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib cuba menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dengan melaksanakan pelbagai insentif untuk rakyat. Walau bagaimanapun, pembangkang di negara ini tidak pernah berubah. Jiwa dan Roh mereka sebagai rakyat Malaysia semakin keliru dan berkecamuk. Apa sahaja yang dikemukakan oleh kerajaan dipandang hina oleh mereka. Mereka semakin biadab dan kurang ajar. Kita para blogger perlu ajar mereka bagaimana menjadi manusia yang tahu berterima kasih.
Wassalam.
2 comments:
Salam Anak Sufi, selamat kembali, selamat meneruskan perjuangan..
Salam . Tolong linkkan blog saya . TK ! http://salatusalatin.blogspot.com/
Post a Comment