RAKAN PEJUANG

05 February 2012

NIK AZIZ TAK BAGI KITA BERARAK SAMBUT MAULID NABI TAPI....

SALAM...

Kata Nik Aziz, zaman kanak-kanak dan remaja Nabi Muhammad sama seperti pemuda-pemuda yang lain. Kata Nik Aziz, Nabi Muhammad tidak ada beza dengan pemuda-pemuda lain seusianya sebelum menjadi rasul. Nabi Muhammad sama macam budak-budak lain je sebelum jadi Rasul. Nabi Muhammad tidak ada perkaitan dengan umat Islam sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad hanya dipandang tinggi setelah diangkat menjadi Rasul!

 Sebab itulah kata nik Aziz, sambutan maulid Nabi tidak perlu disambut beriya-iya dengan berarak dan berselawat di jalan. Kata Nik Aziz, sambutan maulid Nabi hanyalah bidaah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi. Nik Aziz nak kata, Nabi pun tak pernah sambut hari jadi dia. Jadi, kita tak perlu beriya-iya nak sambut ulang tahun kelahiran Nabi. 


Walaupun begitu nazaknya ucapan Nik Aziz terhadap personaliti Nabi Muhammad yang kita kasih dan cinta, walaupun begitu ceteknya pandangan Nik Aziz terhadap sambutan ulang tahun kelahiran Nabi kita, namun pengikut-pengikutnya tetap berdiri dibelakang Nik Aziz, tetap mengatakan Nik Aziz adalah pemimpin agama dan ilmuan ulama yang tersohor. Pengikut-pengikut Nik Aziz tetap kata Nik Aziz akan membawa mereka berbondong-bondong masuk syurga jika mengundi PAS, akan menghapuskan dosa-dosa mereka kerana menyokong PAS! 

Nik Aziz tak bagi berarak dijalanan kerana menyambut kelahiran Nabi, tapi Nik Aziz dan pemimpin PAS ajak ramai orang berarak di jalanan kerana memperjuangkan Anwar Ibrahim! 


Hm...Nik Aziz oh Nik Aziz! Bawa-bawalah berundur dari politik! Dah terlalu banyak kepesongan yang dibawa dan dah terlalu banyak perpecahan yang dikendong kerana politik sempit PAS.


Apapun, Anak Sufi ingin menyeru seluruh umat Islam agar perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat kepada baginda lah yang akan membawa syafaat nabi atas kita pada hari perhitungan di akhirat kelak. 


Pok Nik pun pandai gak potong kek ya! Bukan bidaah ke? Nabi pun tak pernah potong kek camni! Bukan ke potong kek ni budaya Barat pok Nik???????????