RAKAN PEJUANG

05 October 2010

MUNAFIK YANG MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI ALAT!


PETIKAN DARIPADA HARAKAH:
PRU 13 : Bendera kemenangan Islam diarak dari Perlis ke Sabah    
Litmohd      
Senario terkini politik tanahair kelihatan panas oleh pelbagai isu yang sengaja di gembar-gembur oleh media arus perdana yang didalangi Umno BN.
Pelbagai berita dan isu terutama isu perkauman dan agama telah dilontar oleh akhbar yang diketuai oleh Utusan Malaysia dan diikuti oleh akhbar-akhbar pengampu BN yang lain yang semuanya mempunyai agenda untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
Kemenangan Islam memang sudah lama kita kecapi di negara ini. Hanya PR sahaja yang sengaja menunjukkan mereka inilah pejuang Islam sebenar yang duduk di bawah naungan panji  DAP, PKR dan PAS. Jangan lah jadikan agama sebagai alat wahai manusia munafik! Apakah Islam tidak berkembang di negara kita ini? Puak pembangkang hanya mahu membawa bendera kemenangan DAP bersama mereka dengan bertunjangkan konsep pemerintahan secara sosialis yang mengamal hak sama rata. Mereka hanya mengikut hawa nafsu bukan kerana Islam. Islam memang sudah lama ada di negara kita. Mengapa menjadi kufur pada rahmat dan kesenangan yang Allah limpahkan pada negara kita?

No comments: