RAKAN PEJUANG

04 May 2013

TN. GURU HARON DIN RUPANYA TELAH DIBERI PETUNJUK NAMUN......


SALAM PERJUANGAN...

ANAK SUFI BARU TERBACA CATATAN DATO HARON DIN PADA TAHUN 2008 YANG LALU. SEBELUM TN. GURU NI MENJADI CALON, BELIAU TELAH BERDOA DAN BERISTIKHARAH DENGAN DOA SEPERTI DI BAWAH.


Disyariatkan kepada kita supaya menghadap Allah SWT apabila kita hendak membuat sesuatu kerja-kerja besar. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita beristikharah kepada Allah SWT, di antara mesej dalam Istikharah itu kita nyatakan;




Justeru itulah, sebelum menyertai pilihanraya ini, saya lakukan Solat Sunat Istikharah dan saya bermohon kepada Allah SWT, seandainya yang saya lakukan ini adalah baik bagi saya, bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, hidup saya yang segera, hidup saya yang panjang, sekiranya kesemuanya berfaedah bagi saya, maka Ya Allah saya bermohon agar ianya berjaya dan berilah kekuatan kepada saya untuk menanggung amanah tersebut.


Ya Allah, kalau yang saya buat ini, ianya tidak baik bagi saya, ianya jahat bagi saya, ianya tidak baik bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, kehidupan saya yang dekat atau yang jauh, jika kesemuanya tidak baik, maka janganlah Engkau anugerahkan kemenangan itu kepada saya. Saya serahkan kepada-Mu ya Allah.


Itulah yang saya bermohon kepada Allah SWT bila menghadapi persoalan yang seumpama ini. Dan akhirnya mendapat jawapan bahawa saya tidak kalah tetapi belum menang lagi. Tidak ada apa yang hendak dikecewakan.

KOMEN ANAK SUFI:

KENAPA DATO HARON DIN TIDAK MELIHAT  BAHAWA KEKALAHAN BELIAU ADALAH MERUPAKAN PETUNJUK ALLAH BAHAWA PARTI PAS INI BUKAN YANG TERBAIK UNTUKNYA? KINI DATO HARON DIN MENJADI CALON LAGI UNTUK DUN ARAU. PASTI BELIAU JUGA BERDOA. MALAHAN TN. GURU TELAH SECARA TERANG-TERANGAN MENYATAKAN JIHAD UNTUK UMAT ISLAM BERSAMA PAS DALAM PRU 13 MELALUI YOUTUBE.

TN. GURU, JIKA TN GURU GAGAL LAGI DALAM PRU 13 NI, MOHON TINGGALKAN LAH PAS. PADA PANDANGAN SAYA YANG SANGAT JAHIL INI BERBANDING ILMU TN. GURU, INI LAH PETUNJUK ALLAH S.W.T. MENGAPA PERLU DINAFIKAN SETELAH PETUNJUK DIPOHON? ALLAHUALLAM.

3 comments:

Anonymous said...

doa kat ALLAH PAS. suruh dia doa ALLAH ISLAM pulak.

Anonymous said...

Tah la..dia ni kadang2 macam takde kredibiliti lagi dah...

Anonymous said...

PAS 21, PKR 30 dan DAP 38 kerusi Parlimen. Bolehlah kini laksanakan hudud DAP.