Sebagaimana yang
kita semua tahu, puak pembangkang telah memulakan beberapa siri demonstrasi
bersih hanya untuk menjatuhkan kredibiliti SPR. Apabila persepsi ini telah
terpasak dalam pemikiran penyokong mereka, maka mudahlah mereka menyalahkan SPR apabila keputusan PRU 13 ini berpihak kepada kemenangan BN.
Perancangan ini
telah dapat dikesan dan dihidu oleh spr dan sebahagian besar rakyat negara ini
yang semakin membenci tindakan puak-puak pakatan haram yang sangat melampau ni.
Jadi, kepada semua pembaca blog anak sufi, mohon tolong sampaikan kepada
orang-orang disekeliling anda mengenai agenda jahat pembangkang ni.
Sebab itulah spr
telah mengeluarkan pamplet yang bertajuk menangkis provokasi/salah faham pada
hari mengundi.
Antara lain spr mengingatkan
bahawa akan terdapat pengacau-pengacau yang dijangka akan melakukan
provokasi/kekecohan untuk menggugat proses perjalanan pilihanraya daripada
berjalan lancar. Cara nya adalah:
Pengacau akan
meminta kerani spr 3 untuk memberikan kertas undi secara rambang. Kononnya bagi
mengelakkan undi tersebut diketahui oleh pihak lain. Bila kerani undi tak nak,
semua pengacau ni akan buat kecoh dalam bilik undi. Polling agent pihak lawan
akan bantu puak pengacau ni buat bantahan. Akhirnya ketua tempat mengundi terpaksa
campur tangan dan memanggil polis untuk membawa keluar pengacau ni dari pusat
mengundi.
Bila ini berlaku,
mereka akan meraih simpati pengundi lain kononnya hak mereka telah dinafikan.
Pengacau yang diluar dewan juga akan buat kecoh dan api-apikan pengundi yang
lain. Pengacau-pengacau ni akan ambil gambar, video dan upload dalam facebook,
twitter dn jom pantau untuk tatapan pihak antarabangsa. Pihak pembangkang
mensasarkan 61 kawasan pilihanraya untuk kejadian ini. Ini secara langsung akan
meraih perhatian dunia bahawa proses perjalanan pilihanraya malaysia tidak
telus, bersih dan adil sehingga menuntut plihanraya semula.
Jadi...kepada
rakyat malaysia berhati-hatilah penipuan mereka. Sebenarnya, tidak akan berlaku penyelewengan, atau undi hantu! Hakikatnya, setiap wakil parti
akan berada di setiap pusat mengundi malahan ditempatkan di hadapan tempat
pengundi memangkah undi. Malahan pengumpulan kertas undi juga
dilakukan dihadapan wakil-wakil ini. Puak Pembangkang hanya inginkan kekecohan. Mereka mempunyai agenda di sebalik bantuan tangan asing untuk meruntuhkan kestabilan negara tercinta ini! Tolong sebarkan.
Kita tolak
pembangkang! Kuburkan mereka dalam pru 13 ini.