RAKAN PEJUANG

11 April 2013

APASAL KORANG NI TAK NAK FAHAM HA????

Salam Perjuangan.....

Semalam AS sudah kemukakan manifesto pembangkang yang terkandung kenyataan yang berbunyi akan menghapuskan diskriminasi kaum sekiranya mereka berjaya memerintah negara. Pada pandangan AS, perkara ini perlu diwawarkan dan diberi penekanan oleh kita blogger UMNO. Selain daripada penyiaran berita salah laku pemimpin pembangkang, kita perlu membawa rakyat malaysia untuk melihat agenda menghapuskan diskriminasi kaum ini. 

Pada pandangan AS, menghapuskan diskriminasi kaum bermakna menghapuskan hak istimewa orang melayu dan akhirnya menggugat keistimewaan raja-raja melayu dan paling utama adalah menggugurkan dalam perlembagaan Islam sebagai agama rasmi negara. Selain itu, dengan terhapusnya diskriminasi ini bermakna juga Menteri Besar di negeri yang bersultan boleh dilantik dalam kalangan orang bukan Islam. Ini bukan cerita main-main. Kita tidak boleh pandang rendah dan mudah pada manifesto ini.  Ayuh blogger UMNO. Kita rapatkan barisan untuk menentang sehabisnya. Ini soal hak kita, soal maruah kita dan soal agama kita. 

Kita cuma ada kuasa yang akan menentukan masa depan agama dan bangsa. Selama ini orang bukan melayu tidak pernah dinafikan hak untuk menjana ekonomi, untuk mendapat pendidikan, untuk mengamalkan agama mereka, tidak pernah kita menentang mereka untuk mendirikan rumah ibadat mereka dan mereka juga diberi peluang untuk memiliki aset yang lebih besar nilainya daripada orang melayu. 

Apa yang tersirat daripada manifesto menghapus diskriminasi kaum ini hanyalah menghapuskan kuasa orang melayu. Itu sahaja. Tolonglah wawarkan pada semua anak bangsa bahawa manifesto pembangkang mempunyai agenda menggembirakan DAPPIG semata-mata. Ternyata PKR dan PAS hanya menjadi kuda. Bagaimana nak memerintah negara jika makna tersirat semudah ini pun tidak dapat difahami oleh mereka. 

Zaman pemerintahan nabi dulu pun turut mengutamakan umat Islam berbanding kaum kafir di Madinah. Malahan mereka perlu membayar cukai jizyah untuk tinggal di Madinah.  Takkan orang PAS tak tahu? Ternyata agenda PAS adalah kuasa bukan agama! Cis!



No comments: