RAKAN PEJUANG

15 April 2012

APA KAITAN IZZAH DAN TIAN CHUA DENGAN PERHIMPUNAN BANTAH PTPTN NI?????

SALAM....


Dalam ajaran Islam, setiap hutang perlu dibayar. Dulu masa sign agreement untuk dapatkan pinjaman PTPTN, tak baca ke bahawa itu adalah PINJAMAN. Wang yang dipinjamkan tu perlulah dibayar balik untuk kemudahan pelajar-pelajar yang lain yang memerlukan. Janganlah mudah sangat diperbodohkan oleh pihak berkepentingan. Anak Sufi pun peminjam PTPTN juga dan sekarang ni pun masih bayar juga pinjaman tu. Apa masalah? Gaji Anak Sufi pun bukan banyak tapi Anak Sufi bayar kerana rasa tanggungjawab pada agama dan negara!


Apapun Anak Sufi sangat yakinlah, sebenarnya bebudak biadab ni bukan berhimpun kerana PTPTN tapi kerana politik semata. Kalau tidak, mana mungkin adanya ahli politik pembangkang berkerumun sama dalam perhimpunan tu! Kesian budak-budak ni diperalatkan! Yang untung adalah puak pembangkang haram gak yang mengambil kesempatan di atas kedunguan anak-anak muda ni! Nasib baik le hanya beratus orang je (kata blog pembangkang beribu orang! heheee) yang dungu macam ni. Kita masih ada puluh ribu pelajar lagi yang tidak sanggup membodohkan diri dan diperbodohkan demi kepentingan politik!


  

Tengok le sendiri! Siapakah yang dibelakang tadbir perhimpunan ni. Izzah siap berucap lagi. Tapi yang paling menyakitkan mata bila tengok mangkok berayun ni pun berucap sama konon perjuangkan pendidikan percuma untuk anak-anak muda. Pirahhhhhh!!!!!