RAKAN PEJUANG

23 August 2011

DASAR PENGAMPU DAP! MULIA SANGAT KE GUAN ENG TU SABU????

 SALAM..
 ANAK SUFI MEMANG JARANG MENULIS DALAM BULAN RAMADHAN NI. BUKAN APA, TAKUT DAN KHUATIR SEKIRANYA ADA YANG TERUMPAT DAN TERHINA YANG HANYA AKAN MENGURANGKAN PAHALA PUASA. TAPI BILA ANAK SUFI TERBACA ARTIKEL DI BAWAH NI, ANAK SUFI RASA MARAH DAN GERAM DENGAN KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS NI YANG MEMANG SEMUA ORANG TAHU PENGAMPU NOMBOR 1 DAP.

BACALAH BAGAIMANA SI SABU INI MENGANGKAT MARUAH GUAN ENG DAN DAP SETINGGI DAN SEMULIANYA. SEOLAH-OLAH PEMIMPIN DAP CELAKA INI MERUPAKAN ORANG YANG ZUHUD, JUJUR DAN BERSIH SEKALI. 


PETALING JAYA, 23 Ogos: Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
“Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan Umno lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya.
Menurutnya, Umno cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan, lapor Roketkini.
Beliau menjelaskan ini tidak bermakna beliau menyeru orang Melayu menyertai DAP kerana ia terpulang kepada hasrat hati masing-masing dalam arena demokrasi sebenar yang memberi kebebasan memilih parti.
Menurutnya, hubungan di antara DAP dan PAS semakin erat umpama aur dengan tebing kerana kedua-dua parti memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.


Mohamad berkata, bukti ketelusan DAP telah ditunjukkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng setelah mengambil alih Pulau Pinang dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) sehingga negeri itu membangun dengan pesat sekali sejak tiga tahun lalu.
“Dari sudut menjaga harta awam, Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP lebih hebat, dari sudut memisahkan perniagaan peribadi dan pentadbiran kepentingan rakyat. Ini berbeza sekali dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional,” katanya kepada Roketkini.
Tambahnya, ketelusan dan kejujuran wakil-wakil rakyat DAP dapat dilihat apabila mereka hanya bergantung kepada elaun wakil rakyat semata-mata tanpa meminta-minta projek.
“Apabila memerintah, mereka tidak mengambil peluang untuk mencuri duit rakyat seperti mana pemimpin Umno buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan makan malam DAP Selangor bersama Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu di Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam tadi.

CELA SUNGGUH KENYATAAN MAT SABU NI. MENGHINA DAN MELETAKKAN UMAT ISLAM SERENDAHNYA DI HADAPAN KAFIRUN DAN SEBALIKNYA MENGANGKAT SETINGGI-TINGGINYA KUMPULAN AL-KAFIRUN HARBI INI MELAMPAUI BATAS. KITA SEMUA TAHU SIAPA GUAN ENG! HANYA MAT SABU YANG DAN PENGANUT PAS SAHAJA TELAH DIBUTAKAN MATA MEREKA OLEH SILAUAN FATAMORGANA DI TENGAH PADANG PASIR!

2 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Menurut satu sumber - Mat Sabu menerima gaji bulanan daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Cuba check perkara ini.

Thanks

Jimmy Hillhead

Quantum Metal Consultant said...

Minta maaf, mat sabu pun melayu macam melayu dalam UMNO, cuma tak laku dalam UMNO, dia terberanak dalam PAS, dasar perjuangan bubuh cap islam sebab ego dan bongkak merasa diri lebih Islam dari orang Islam.

Atas nama melayu dan politik, dulunya untuk perjuangan bangsa dan ugama..hari ini perjuangan untuk diri sendiri, maka apa yang jadi keutamaan kalau bukan duit, kuasa dan kemewahan?

Manusia mana yang makin insaf diri kalau selalau dipuji dan dihargai? manusia mana yang insaf diri kalau kuasa makin ditangan?

Jadi janganlah hairan kalau specis mat sabu ni berlambak dan bercambah dalam politik Melayu.