RAKAN PEJUANG

13 October 2010

HARAKAH SUKA MEMFITNAH?

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB) hari ini menjadi komitmen baru kerajaan untuk mengubah wajah kawasan pedalaman serta kampung terutama dari segi pembangunan prasarana serta usaha meningkatkan pendapatan penduduknya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat kawasan berkenaan dapat dibangunkan sejajar dengan dasar Model Baru Ekonomi (MBE) sekali gus membawa bersama luar bandar dalam arus pembangunan perdana negara.
Beliau berkata, sudah tiba masanya kawasan itu dilengkapi dengan prasarana lebih maju selain penduduknya mampu meraih pendapatan tinggi.
‘‘Saya ingin melihat wajah baru di kawasan luar bandar. Saya tidak mahu melihat petani-petani kita dalam keadaan miskin. Carilah kegiatan ekonomi yang ada nilai tinggi kepada mereka.
‘‘Umpamanya jika ada kawasan lapang, jangan jadikan ia tanah terbiar sebaliknya gunakan untuk tingkatkan pendapatan. Kita perlu mencari satu kegiatan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi,’’ katanya ketika berucap melancarkan PILB di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Tahniah kepada DS Najib yang nampak bersungguh-sungguh dalam membangunkan negara dan memberikan kesenangan kepada rakyat khususnya orang-orang kampung.

Jangan percaya rayuan Najib, tolak Umno BN
Harakahdaily 
KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat memberi mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru rakyat menggemblengkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN.
“Ini kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Najib mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21.
Kata Najib, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.
Bagi Idris, indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama yang berpendapatan rendah yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara.
Menurutnya, pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka.
Sepatutnya, kata beliau pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.
Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini.
Semakin hari semakin kuat hasutan puak PR untuk menanamkan rasa benci rakyat pada Perdana Menteri dan Kerajaan BN. Puak PR begitu mudah bermain dengan kata-kata membuat tuduhan dan tohmahan kepada Kerajaan Malaysia. Sia-sia menjunjung kopiah dan serban tapi hati penuh dengan iri hati dan sentiasa berprasangka buruk terhadap niat keikhlasan dan usaha DS Najib dan kerajaan terhadap pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

Bibir melaungkan islam tetapi perbuatan dan hati pernuh kotoran. Kalau tidak percaya, bacalah Harakah. Kita akan melihat betapa Parti PAS sangat ghairah membuat tuduhan dan menghasut rakyat membenci Perdana Menteri dan kerajaan BN-UMNO. Berbanding dengan Utusan Malaysia dan suratkhabar arus perdana yang lain, Harakah hanya tahu menabur fitnah dan hasutan. Rakyat tidak buta dan bodoh. Rakyat boleh melihat bagaimana nafsu serakah pemimpin PR ini telah melampaui batasan agama sehingga sanggup mengenepikan segala jasa dan kebaikan kerajaan BN-UMNO selama ini sehingga kita sebagai rakyat rasa bertuah tinggal di bumi Malaysia berbanding negara-negara jiran yang lain.

DS Najib sewajarnya dipuji. Beliau tidak pernah melatah walau difitnah dan dicaci, walau dimaki dan dihamun, dihina dan dikutuk oleh pembangkang. DS Najib tidak pernah resah bila dituduh kafir dan tidak islamik. DS Najib tahu apa yang lebih baik untuk orang Islam dan untuk rakyat negara ini. Tidak seperti pemimpin PR yang sentiasa cuba menonjol keburukan demi keburukan kerjaaan melalui kata-kata keramat mereka iaitu kerajaan sekarang ini adalah kerajaan zalim, perasuah dan menghalalkan judi hingga rakyat merana dan dizalimi. Persoalannnya siapakah yang zalim dan menzalimi? UMNO-BN kah yang telah meninggalkan banyak jasa membangunkan negara sehingga kita rakyatnya mengecapi segala macam kemudahan yang disediakan oleh kerajaan seperti masjid yang cantik dan indah berada di mana-mana (kecuali Kelantan yang susah nak jumpa masjid cantik dan besar) hospital, ubatan, jalan raya, air, elektrik, pendidikan percuma, buku teks, rancangan makanan tambahan untuk anak-anak miskin, bantuan demi bantuan diberikan oleh Kebajikan Masyarakat kepada ibu-ibu tungal dan orang-orang kampung yang miskin, bantuan kewangan dan modal untuk perniagaan kepada usahawan, wujudnya IKS (Industri Kecil Industri), dan pelbagai lagi yang sewajarnya kita perlu bersyukur pada Allah S.W.T yang telah melimpahkan kurnia dan rahmatnya pada kita rakyat Malaysia dan berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang telah menjaga hak kita dengan baik dan saksama.

Berbaniding dengan kerajaan PR yang baru setahun jagung memerintah dan diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah beberapa buah negeri telah mula menunjuk lagak seolah-olah mereka hebat mentadbir sedangkan apa yang mereka kecapi itu adalah usaha daripada titik peluh kerajaan BN. Malah ada di antara parti PR ini berantakan kerana mengejar kuasa. Kerakusan ingin berkuasa menyebabkan mereka begitu sibuk menabur fitnah seolah-olah rakyat dizalimi. Mereka yang suka menabur fitnah inilah yang menzalimi rakyat kerana cuba untuk memecah belahkan rakyat dengan kenyataan mereka yang sangat mengelirukan. Mereka kata rakyat dizalimi sedangkan mereka lah menzalimi rakyat.

Cuba ambil contoh di Kelantan, jika PAS bijak memerintah, kehidupan rakyat Kelantan tidak sedaif sekarang ini. Pergilah ke Kelantan, lihat sendiri pekan-pekan kecilnya tidak terurus dan tersusun, kotor dan bagaikan hidup segan mati tak mahu. Sekarang ini Kota Bahru saja yang baru nak membangun setelah berpuluh tahun memerintah. Malahan kebanyakan rakyat Kelantan hidup susah dan daif. Ini bukan dakwaan kosong tapi hakikat. pergilah ke Kelantan dan tengok sendiri. Mana ada masjid yang indah yang didirikan di Kelantan? Banyak tanah-tanah terbiar tidak dibangunkan yang sewajarnya boleh dibangunkan untuk menjana ekonomi rakyatnya. Kerajaan telah mendirikan UITM di Machang dengan tujuan untuk membangunkan kawasan sekitarnya tapi apa yang berlaku? Pergi tengok sendiri. Ada hotel pun hotel yang banyak lipas. Yang ada hanyalah masjid lama kononnya tidak mahu membazir. Bukankah masjid itu lambang kebanggaan kita sebagai negara Islam? Kenapa? kerana PAS hanya sibuk menghasut tapi tidak pandai membangun dan memakmurkan rakyatnya.

Meminjam kembali kata-kata PM
‘‘Umpamanya jika ada kawasan lapang, jangan jadikan ia tanah terbiar sebaliknya gunakan untuk tingkatkan pendapatan. Kita perlu mencari satu kegiatan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi,’’

Rakyat tidak bodoh dan tidak mudah diperbodohkan oleh janji manis PR terutama PAS yang sedang menggendong DAP untuk dibawa ke Putrajaya. Lim Kit Siang ketawa girang sambil dikendong oleh pemimpin PAS yang hilang jati diri islamnya dan hanya menunggu masa menyimpan kerakusan dan nafsu untuk berkuasa menjadi menteri dan mentadbir di Putrajaya. Rakyat dah semakin jelak dengan ungkapan rasuah, zalim dan sekular. Taburlah dakyah tetapi kami tetap berdakwah untuk mengajak seluruh umat Islam bersatu menentang kezaliman PAS dan PR yang ditaja oleh DAP laknatullah....
Tahniah DS Najib kerana memang kami rakyat nampak dengan jelas, DS Najib punya kesungguhan untuk membawa kesengangan pada rakyatnya tanpa memperdulikan kata-kata kotor dan jijik daripada pihak pembangkang yang sekarang ini sangat kemaruk untuk berkuasa.

Tidak keterlaluan dikatakan akan ada pemimpin PAS masuk neraka kerana fitnah yang ditabur pada DS Najib dan kerajaan Islam UMNO-BN. Sesungguhnya segala amalan bermula dengan niat. Hanya Allah mengetahui mana yang benar mana yang palsu. PAS hanya parti menggunakan lambang bulatan putih dan berlatar belakangkan hijau yang membawa maksud politik semata-mata bukan kerana agama. Jika tidak, pasti bendera dan lambang parti mereka tertera kalimah Allah dan RasulNya.Hentikanlah meracuni pemikiran rakyat. Allah akan melindungi kami daripada kezaliman mereka yang fasik dan lagha pada kesoronokan untuk berkuasa, mempergunakan agama dan ayat suci Allah untuk menghalalkan cara demi mencapai matlamat.

08 October 2010

KAFIR-MENGKAFIR - KERANA ALLAH ATAU KERANA PARTI?

Dipetik daripada laman bicara Minda Tajhid Dr. Asri (28 Jun 2010)
Suka mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
BENAR APA YANG DITITIPKAN OLEH DR. ASRI DI ATAS:

Sekarang ini terlalu ramai di antara kita yang sering menjadikan istilah kafir mengkafir ini satu ungkapan untuk membuat tuduhan melulu tanpa batas kepada umat Islam yang lain apabila terdapat perbezaan pendapat antara mereka mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan Islam dalam politik. Semoga ungkapan ringkas yang disisipkan ini dapat menyedarkan kita daripada kealpaan bahawa tidak ada sesiapa pun di antara kita yang layak mengkafirkan satu sama lain kecuali ternyata nampak dengan nyata individu tersebut murtad dan tersasar dari kalimah syahadah..

06 October 2010

BERTANDINGLAH DI GALAS SECARA BERHEMAH

KETENTUAN ALLAH TELAH MENENTUKAN ADUN GALAS CHE HASIHIM SULAIMAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA ORANG YANG BERTAQWA. AMIN..

KINI KERUSI GALAS AKAN DIPERTANDINGKAN. SUDAH TENTU PERTANDINGAN YANG SERONOK UNTUK DIJADIKAN ISU ADALAH ANTARA WAKIL PR (PAS) DAN BN (UMNO). KHABAR BERITANYA TENGKU RAZALEIGH AKAN DITEMPATKAN MENJADI CALON DI GALAS.

TAPI PAS NI PULAK YANG MACAM PANAS SATU BADAN. AKU TIDAK MAHU MENGULAS PANJANG PERKARA NI TAKUT MENIMBUL FITNAH DAN DIFITNAH. NAMUN MELALUI PEMERHATIAN AKU, PR SUDAH MULA MEMASANG STRATEGI MENAMBAH PERISA AGAR RAKYAT TERUS-TERUSAN MENGANGGAP UMNO INI JAHAT SEJAHAT MANUSIA.

MAKA AKAN KELUARLAH SEGALA BENTUK FATWA DAN PELBAGAI CERITA YANG BERTUJUAN UNTUK MEMBAWA KEBENCIAN KEPADA CALON YANG BERTANDING.

CUMA AKU INGIN MENGAJAK SAUDARA SEISLAM KU DI GALAS UNTUK TIDAK MENERIMA BULAT-BULAT SEGALA BENTUK BERITA YANG DITERIMA SAMA ADA DARIPADA PR ATAU BN. SIASATLAH DULU SEGALA BERITA YANG DITERIMA. JANGAN KERANA BERITA YANG TIDAK PASTI SAUDARA SEMUA PAKAT RAMAI-RAMAI MEMBUAT TUDUHAN DAN MENABUR FITNAH PADA CALON. KESIAN MEREKA.

BERTANDINGLAH SECARA JUJUR DAN BERHEMAH.  SEMOGA KITA SENTIASA MENDAPAT RAHMAT ALLAH...

MALAYSIA KAYA KERANA KAUM CINA?

 
Namewee kata "ini Malaysia sapa bikin jadi Kaya dan sejarah tak menulis nya"

AKU NAK JAWAB SIKIT SOALAN NAMAWEE GILA NI. DI MALAYSIA KAUM MANA PALING RAMAI? SUDAH TENTU KAUM MELAYU! KERANA KAUM MELAYU KAYA LAH MAKA ORANG TAUKE CINA KAYA! ORANG MELAYU YANG TOLONG CINA JADI KAYA! KALAU ORANG MELAYU TAK BERI SOKONGAN PADA KEDAI CINA, CINA MEMANG TAKKAN KAYA! INI BUKAN RASIS INI KENYATAAN YANG SEBENAR! CUBA TENGOK MASA BULAN PUASA, BILA SEMUA UMAT ISLAM BERBUKA PUASA, JALAN SIBUK JADI LENGANG DAN PUSAT MEMBELI BELAH YANG MERIAH DENGAN MANUSIA PUN JADI HENING SEKETIKA. KENAPA? KERANA YANG RAMAI MEMBELI ADALAH KAUM MELAYU DAN ORANG ISLAM! 

NAMAWEE JANGAN NAK MAIN SENTIMEN LAGI! JANGAN KERANA KEBODOHAN DAN KEDANGKALAN KAMU, KAMU MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN ANTARA KAUM MELAYU CINA DAN INDIA DI NEGARA NI. 

WAHAI KAUM CINA, JANGAN PERCAYA PADA NIAT JAHAT NAMAWEE INI! DIA BUKAN INGIN MENJADI PEMBELA KAUM CINA KERANA KAUM CINA TIDAK PERNAH DITINDAS DI NEGARA INI, KAUM CINA BEBAS BERNIAGA BERSAMA KAUM MELAYU DAN INDIA, KAUM CINA TIDAK PERNAH DILARANG MENDIRIKAN SEKOLAH CINA, MENGGUNAKAN BAHASA CINA, DIHALANG MENDAPAT PENDIDIKAN BAHASA CINA. TIDAK ADA PENINDASAN SEPERTI DIWAWARKAN OLEH NAMAWEE BALACI PUAK PEMBANGKANG! NIAT MEREKA HANYA SATU MENANAM KEBENCIAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN YANG TELAH BANYAK BERJASA KEPADA RAKYAT NEGARA INI! 

JANGAN BIARKAN PETUALANG DAN PENGKHIANAT INI MENGGUGAT KEHARMONIAN 1 MALAYSIA KITA! DS NAJIB SEDANG MEMBAWA KITA KE LANDASAN YANG BETUL. 


JADI UNTUK APA MENGIKUT LANDASAN PEMBANGKANG YANG TERNYATA BANYAK LIKU DAN KELEMAHANNYA! TERLALU TAKSUB UNTUK MEMERINTAH HINGGA SANGGUP MEMPERJUDIKAN KEHARMONIAN NEGARA INI! KITA TOLAK DAP, PKR DAN PAS DEMI KELANGSUNGAN HIDUP BERMASYARAKAT YANG HARMONI DI NEGARA TERCINTA INI!

05 October 2010

MUNAFIK YANG MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI ALAT!


PETIKAN DARIPADA HARAKAH:
PRU 13 : Bendera kemenangan Islam diarak dari Perlis ke Sabah    
Litmohd      
Senario terkini politik tanahair kelihatan panas oleh pelbagai isu yang sengaja di gembar-gembur oleh media arus perdana yang didalangi Umno BN.
Pelbagai berita dan isu terutama isu perkauman dan agama telah dilontar oleh akhbar yang diketuai oleh Utusan Malaysia dan diikuti oleh akhbar-akhbar pengampu BN yang lain yang semuanya mempunyai agenda untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
Kemenangan Islam memang sudah lama kita kecapi di negara ini. Hanya PR sahaja yang sengaja menunjukkan mereka inilah pejuang Islam sebenar yang duduk di bawah naungan panji  DAP, PKR dan PAS. Jangan lah jadikan agama sebagai alat wahai manusia munafik! Apakah Islam tidak berkembang di negara kita ini? Puak pembangkang hanya mahu membawa bendera kemenangan DAP bersama mereka dengan bertunjangkan konsep pemerintahan secara sosialis yang mengamal hak sama rata. Mereka hanya mengikut hawa nafsu bukan kerana Islam. Islam memang sudah lama ada di negara kita. Mengapa menjadi kufur pada rahmat dan kesenangan yang Allah limpahkan pada negara kita?

ANAK DIDIK ANWAR BIADAB

Ramai anggap kenyataan Naib Presiden PKR biadab

BERITA HARIAN:
2010/10/05

KUALA LUMPUR: UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai biadap dan takbur kerana merujuk Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang sedang tersungkur di Australia.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Azmin sepatutnya menunjukkan sifat matang dan tidak berhak membuat sindiran kepada Dr Mahathir yang juga individu yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat Malaysia.
Beiau berkata, Azmin perlu sedar bahawa peranan dan jasa Dr Mahathir sangat besar bukan saja kepada Barisan Nasional (BN) tetapi kepada negara dan rakyat khususnya orang Melayu.
"Pada usia 84 tahun, Dr Mahathir masih lagi berkhidmat untuk memastikan kesejahteraan negara dan rakyat dan sepanjang mengalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri beliau sudah banyak berjasa pada negara.

"Sindiran seumpama ini tidak sepatutnya keluar daripada seorang pemimpin dan Ahli Parlimen dan ia menggambarkan keperibadian Azmin sebenar," katanya.

Kelmarin Azmin yang juga calon Timbalan Presiden PKR menyifatkan Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne selepas mengadu sakit dada sebagai pemimpin yang sedang tersungkur di negara itu.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, pula berkata, sebagai seorang pemimpin Islam, sepatutnya Azmin mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri itu.
Sementara itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata tindakan umat Islam yang tidak menjaga pertuturan dan tingkah laku sehingga boleh menyakiti umat Islam lain akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan bukan Islam terhadap keindahan Islam.

“Sepatutnya umat Islam memberikan kata-kata yang boleh menggembirakan seseorang apatah lagi yang sedang terlantar sakit, bukannya memberikan sesuatu yang menyakitkan,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin, pula berkata sepatutnya semua pihak mendoakan kesejahteraan Dr Mahathir, negarawan yang banyak berjasa pada negara.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata sebagai pemimpin muda, Azmin seharusnya menghormati Dr Mahathir yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir secara sinis menyifatkan tindakan Azmin sebagai tindakan yang ‘sopan’.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sikap Azmin amat bertentangan dengan sikap bapa Naib Presiden PKR itu yang disifatkannya sebagai seorang Melayu budiman sejati,” kata Mukhriz dalam mesej Twitternya semalam.

Pengerusi PERKASA Ampang, Abdul Wahab Mahfuz menyifatkan Azmin sebagai seorang yang tidak sedar diri dan lupa bahawa beliau mendapat pendidikan dan pekerjaan baik di bawah kepemimpinan Dr Mahathir.

“Ukur baju di badan sendiri. Dia itu siapa untuk bercakap begitu kepada seorang negarawan?,” katanya.

KAMI RAKYAT DI NEGARA INI SESUNGGUHNYA MENOLAK INDIVIDU YANG KURANG AJAR DAN BIADAB UNTUK MENJADI PEMIMPIN. KEBANYAKAN PEMIMPIN YANG BIADAB, KURANG AJAR DAN BERMULUT JAHAT INI DATANGNYA DARIPADA PARTI PEMBANGKANG YANG HANYA TAHU BERCAKAP TANPA MEMPERDULIKAN PERASAAN ORANG LAIN. KAMI INGIN MENGINGATKAN AZMIN DAN PEMIMPIN PR YANG LAIN, ANTARA FAKTOR KEJATUHAN BN DALAM PRU 12 ADALAH KERANA MELAYU MUDAH LUPA - MELUPAKAN JASA DR. MAHATHIR TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA.

WAHAI AZMIN, KAMU ITU SIAPA? APA JASA KAMU KEPADA NEGARA? JASA KAMU HANYA PADA ANWAR SAJA ITU PUN KERANA KAMU GILA KUASA! KAMU BUKAN SESIAPA! TUN MAHATHIR ADALAH NEGARAWAN ULUNG DAN DIHORMATI DI SELURUH DUNIA. 

AZMIN, JANGAN KURANG AJAR SANGAT! KAMU IBARAT SEEKOR HAMA BERBANDING TUN MAHATHIR SEORANG WIRA NEGARA! 

TUN MAHATHIR DILAPORKAN BERANSUR SIHAT. ALHAMDULILLAH..... 

04 October 2010

NIAT ANWAR JIJIK: JADIKAN PKR "Parti Kotor Rakyat"

BEBERAPA HARI YANG LALU KITA DIDEDAHKAN DENGAN KEPINCANGAN PEMILIHAN CALON DALAM MESYUARAT AGONG CAWANGAN PKR YANG DIJALANKAN DI SELURUH NEGARA. TERLALU HODOH DAN BURUK SIKAP PENGIKUT-PENGIKUT PKR.  KINI RAKYAT BOLEH MENILAI SENDIRI BETAPA RENDAHNYA MENTALITI PKR. KEKECOHAN YANG BERLAKU MENGGAMBARKAN BETAPA PINCANGNYA KEPIMPINAN ANWAR IBRAHIM.

APA LAGI YANG RAKYAT HARAPKAN DARIPADA ANWAR IBRAHIM? BUKTIKANLAH KEPADA KAMI APAKAH JASA ANWAR IBRAHIM KEPADA NEGARA? CUBA BANDINGKAN APAKAH MUSIBAH YANG TELAH DIBAWA OLEH ANWAR IBRAHIM KEPADA TANAH AIR KITA INI? KERANA LICIK DAN HEBAT HUJAHNYA MAKA ANWAR IBRAHIM DITERIMA SEBAGAI PEMIMPIN DAN KONONNYA ANWAR INI LAH MANUSIA HEBAT YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI. CITA-CITANYA MENJADI PERDANA MENTERI TIDAK PERNAH PADAM. KERANA ITU LAH DIA SENDIRI MELETAKKAN DIRINYA SEBAGAI PM IN WAITING! 


BAGAI ORANG GILA TALAK ANWAR TERUS MENJAJA DIRINYA SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA

KENAPA ANWAR MENGANGKAT DIRINYA SEBAGAI PM IN WAITING? KERANA KESOMBONGAN, UJUB DAN TAKBURNYA TERHADAP KELEBIHAN YANG DIA ADA MAKA DIA DENGAN SOMBONGNYA JUGA MENGANGKAT DIRINYA SEBAGAI PM IN WAITING! 

ANWAR MEMPUNYAI WAJAH YANG PELBAGAI DAN SEORANG AKTOR YANG PROFESSIONAL. INI ADALAH CONTOH LAKONAN ANWAR IBRAHIM. 

 DI LUAR PENJARA BAGAIKAN ORANG YANG LEMAH, NAZAK DAN NAK MATI TAPI DALAM PENJARA ANWAR SENDIRI YANG MEMAKAI PEMBALUT LEHERNYA DENGAN BEGITU BERTENAGA APABILA BERSAMA ORANG-ORANG RAPATNYA.

JIKA INGIN MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS KEJAHATAN ANWAR, SILA KLIK AGENDA KEJAHATAN ANWAR IBRAHIM 

JAHATNYA ANWAR IBRAHIM INI TELAH DITERJEMAHKAN MELALUI PENUBUHAN PARTI KEADILAN RAKYAT YANG BERTUJUAN SEMATA-MATA UNTUK MELUNASKAN CITA-CITANYA SEBAGAI PM IN WAITING. KERANA ITULAH DIA TIDAK KISAH UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA HATTA PERLU MENJUAL AGAMA, BANGSA DAN NEGARANYA MELALUI PARTI KEADILAN RAKYATNYA ITU. PKR INI TELAH MENGOTORKAN PEMIKIRAN RAKYAT UNTUK TERUS BERPECAH DAN MENABUR FITNAH PADA PUCUK PIMPINAN NEGARA. 

BAGAIMANA ANWAR INGIN MENGURUSKAN NEGARA SEDANGKAN MENGURUSKAN AHLI PKR PUN TIDAK MAMPU! SESUNGGUHNYA ANWAR MEMANG PEMBOHONG DAN NIAT JAHAT YANG TIDAK PERNAH PADAM UNTUK MENGHANCURKAN NEGARA TIDAK PERNAH PADAM MELALUI PENUBUHAN PKR YANG SEWAJARNYA DITUKAR KEPADA PARTI KOTOR RAKYAT YANG SEMAKIN BERDAKI KOTORNYA!

KITA TOLAK ANWAR DAN KRONINYA! PKR ADALAH AGENDA JAHAT ANWAR UNTUK BERKUASA! 
INILAH LAGI BUKTI JAHATNYA ANWAR IBRAHIM