RAKAN PEJUANG

30 October 2012

MANA BUKTI KEPIMPINAN PR KEPIMPINAN ULAMAK???? JAWAB OSTAZAH ABBY OI!

SALAM...

Anak Sufi cabar pengikut PAS untuk membuktikan kepimpinan PR yang mereka agungkan sekarang ni yang kononnya nak menguasai Putrajaya adalah merupakan kepimpinan Ulamak. Anak Sufi selalu tengok dlam tweeter ostazah abby abadi selalu menyebut, menyeru dan merayu agar umat Islam negara ini memilih kepimpinan PR kerana katanya kepimpinan PR ini adalah kepimpinan ulamak, kepimpinan yang menuju ke syurga, kepimpinan yang akan membawa negara ini menjadi sebuah negara Islam.

PERSOALANNYA.....

Siapa yang dikatakan kepimpinan ulamak tu, ostazah? Korang ni memang kaki mengarut kan? Apa yang korang perjuangkan sebenarnya? Pencacai dan pengikut pembangkang ni sebenarnya khususnya penganut PAS ni tak sedar yang mereka ini akan menang sorak kampung tergadai! Menang sorak sebab, mereka yakin malaysia ni akan dipimpin oleh mereka yang kuat agama dan kuat iman TETAPI malangnya yang diwartakan akan menjadi perdana menteri apabila kemenangan dipihak PR adalah Nuar Brahim! Bukannya Nik Aziz, Harun Din atau Hadi Awang!!!! Jadi yang terjerit-jerit dan terlolong-lolong konon nak menukar kepimpinan negara ni kepada kepimpinan ulamak tu kenapa? Nuar Brahim tu ulamak ke? Kalau nuar brahim tu ulamak, tak da lah Dato Harun Din sendiri pun menolak mangkok tua tu daripada dikaitkan dengan PAS sebab dia tu terlalu plastik! Memilih nuar brahim bermakna memberi ruang pada DAPPIG untuk menjadi PM di negara ni. Sebab apa? Sebab segala rahsia nuar brahim ada dalam tangan DAPPIG. Fikir sendiri lah. Malas nak terangkan panjang lebar!

JADI....
Kepada ostazah abby dan semua penganut PAS, sedarlah, kepimpinan yang korang nak pilih bukan kepimpinan ulamak, bukan kepimpinan ustaz-ustaz tapi kepimpinan munafik, kepimpinan kafir harbi dan kepimpinan yang akan terus memecah belahkan umat islam di negara ni! 

Kalau dah Dato Harun Din pun tak berapa suka dengan anwar ibrahim, anda bagaimana??? Masih degil lagi untuk terus mengangkat martabat manusia sesumpah tu??????????


No comments: