RAKAN PEJUANG

03 May 2014

HARI-HARI KENA BAGITAHU BARU ORANG FAHAM- KALAU TAK, KUMAN MASUK OTAK

SALAM PERJUANGAN...

Semalam puak pembangkang bersusah payah menyalak untuk mendesak kerajaan tidak meneruskan GST. Malangnya, susah payah mereka tu (ada yang bawa anak kecil) hanyalah untuk memenuhi tuntutan nafsu nuar and the geng. Ini jelas apabila kebanyakan daripada mereka yang ditanya mengenai GST gagal menjawab dalam konteks kebenaran. Kebanyakannya jawapan adalah kerana GST ni telan duit orang miskin, cukai naik, barang naik, dan banrang keperluan pun naik juga. Kesian mereka tertipu dengan pemimpin pembangkang  yang memang dikenali sebagai pembangkang tidak bermoral di negara ini. 
Tapi bila sekali fikir, kenapa mereka turut serta menyertai perhimpunan haram semalam adalah disebabkan kita gagal untuk memberi maklumat yang jelas dan mudah kepada mereka mengenai GST. Tidak seperti puak pakatan haramjadah ni yang begitu agresif turun padang sehingga ke kampung memberikan maklumat yang salah berkaitan GST. Kesimpulannya adalah, kita kena sentiasa turun padang dan menyampaikan maklumat jelas kepada rakyat agar mereka tidak dikelirukan oleh puak pembangkang negara ni.

Itu lah sebabnya AS kagum dengan tindakan pemangku menteri pengangkutan iaitu DS Hisham yang tidak pernah jemu mengadakan sidang media untuk memaklumkan perkembangan terkini SAR MH370. Sehingga jam 5.15 petang tadi, satu lagi sidang media telah diadakan. Itu sebab, puak pembangkang gagal main isu ini. Mereka cuba untuk mencari ruang tapi menteri ini tidak memberi peluang kepada mereka. 


Dalam sidang media petang tadi (2 Mei jam 5.15 petang), ada beberapa perkara yang AS dapat simpulkan:
1.  Komitmen DS Hisham untuk mencari MH370 tidak pernah luntur. DS tetap menyatakan bahawa beliau yakin bahawa MH370 akan ditemui.
2.  Keprihatinan DS terhadap emosi dan perasaan keluarga mangsa MH370 konsisten. Sebab apa? Sebab itulah jiwa DS Hisham yang sangat dekat dengan rakyat. Beliau pemimpin yang sangat memahami kesusahan dan keperitan emosi orang lain. 
3.  Ketegasan yang terpamer daripada kata-kata dan cara pembawaan diri beliau sewaktu menjawab pelbagai soalan dalam sidang media ini semakin menampakkan kematangan beliau sebagai pemimpin negara. Ini juga turut memberikan imej positif kepada pentadbiran negara. 
4.  Keberanian berhadapan dengan soalan perangkap daripada wartawan luar dapat ditangani dengan baik malahan DS dengan beraninya mengatakan bahawa kerajaan bersedia untuk berdepan dengan pelbagai persoalan hasil daripada pembentangan laporan awal MH370 yang membuktikan ketelusan kerajaan terhadap isu ini.

AS tidak mahu menulis panjang lagi. Kalau nak tahu, dengar sendiri sidang media tersebut sila klik di sini

Jika ada suara mengatakan DS Hisham bakal PM akan datang, AS tidak teragak-agak memberikan sokongan. 

Setuju?


16 comments:

Anonymous said...

Setuju. Tengok secara positif. Saya rasa dalam sebulan ini DS Hisham dah berikan segalanya. Terima kasih bagi pihak rakyat Malaysia

Anonymous said...

Sebab berkesanlah Pakatan kena buat benda lain supaya rakyat tak nampak usaha Hishamuddin dan kerajaan.

Anonymous said...

Kita tunggu sidang media untuk mendengar penjelasan, ada orang tunggu untuk cari kelemahan.

Anonymous said...

Kadang kadang bila dengar Hishamuddin bercakap, seolah olah macam MH 370 ada lagi. Harap haraplah, mana tau ?

Anonymous said...

Sejak awal lagi Hishamuddin sentiasa tenang.

Anonymous said...

Demikianlah. Tokoh...negara didahulukan. Kesian tgk Hishamuddin dan teanya..letih ooo..m

Anonymous said...

Nampak beza antara pembangkang dengan kerajaan. Pembangkang nak capai matlamat peribadi, kerajaan sentiasa membantu rakyat

Anonymous said...

Aku tengok tv. Puak yang demo gst rupanya tak tau gst tu apa

Anonymous said...

Senyuman sentiasa terukir sewaktu ditanya. Tapi jawapan tepat, padat..

Anonymous said...

Korang kena faham kebanyakkan depa nie beli akhbar pembangkang. Kebanyakkan depa tleha di racun fikiran melalui akhbar2 yang bawa berita2 bodoh, ceramah2 ustaz pas yang dah pandai ulas pasal ekonomi (sebenar nya ikut script yang di sedekahkan oleh pkr), dan tidak percaya dengan tv dan media utama. Jadi macam mana nak faham. Yang budak2 muda yang bodoh, lebih seronok baca blog dan media pro-pembangkang, fb2 RBA. Itu pasal mereka2 ini semua jadi bodoh tegar dan keldai.

Anonymous said...

Berkenaan dengan gst tu, pihak kerajaan pun perlu contoh usaha gigih Hisham yang sentiasa menyalurkan maklumat mengenai kes MH370 ni walaupun kadang2 tu takde perkembangan apa sangat pun..tapi beliau sentiasa menjelaskan keadaan semasa agar orang ramai faham..maka, mengenai gst ni pun kerajaan perlu buat mcm tu juga agar rakyat lebih faham apa itu gst. Setakat keluar iklan je tak cukup..bila rakyat tak cukup maklumat yang sahih, senang lah utk puak pembangkang nak racun fikiran dieorg.. moga Malaysia lahirkan lebih ramai menteri gigih & bijak seperti Hisham

Anonymous said...

Memang la kuman cepat masuk otak orang2 yang akal pendek ni sebab sentiasa ada manusia yang hati busuk mencari peluang untuk jadi kuman masuk dalam otak dieorang untuk benci kan kerajaan

Anonymous said...

Malaysia ni bahaya sebab ada kelompok kuman yang aktif membiak nak masuk dalam otak rakyat Malaysia

Anonymous said...

Usaha Hishamuddin sekarang susah nak di pertikaikan sebab memang nampak beliau sangat ikhlas

Anonymous said...

Orang yang buta hati je tak nampak usaha Hishamuddin

Anonymous said...

Aku tetap bersama DS Hisham