RAKAN PEJUANG

16 May 2014

Boring le...Asyik nak salahkan orang je!

SALAM PERJUANGAN....

Baru-baru ni tercetus isu di Terengganu. Kemelut yang merunsingkan ini akhirnya telah diatasi apabila Perdana Menteri sendiri telah mengurus konflik ini sebaiknya. Tidak lah seperti puak PKR ni, asyik bertelagah saja tapi akhirnya menyalahkan orang lain. Sudah terang lagi bersuluh. Pemilihan Parti PKR yang diadakan baru-baru ni menampakkan kelemahan yang amat ketara. Apa guna turun bawa anak bini ke dataran merdeka jika dalam parti sendiri pun hancur. 

Namun, seperti biasa Presiden PKR dengan muka selamba dan tidak tahu malu terus menerus menyalahkan TV3 yang kononnya agen UMNO yang telah mengatur strategi untuk menampakkan pemilihan mereka baru-baru ini kelihatan barai. Aduh, AS sangat pelik dengan penyokong nuar ni termasuk penganut PAS sekali. Kenapa mereka tidak boleh fikir secara waras betapa teruknya perangai nuar ni? Berapa lama sanggup diri diperbodohkan oleh nuar ni? Berapa lama sanggup kena tipu weh? Berapa lama sanggup jadi balaci dia untuk memuaskan nafsu dia berkuasa? Sampai bila? 

AS rasa eloklah guna fikiran yang waras bila membuat penilaian sebegini. Mengaku lah jika membuat kesalahan. Inikah pemimpin agung kalian yang sombong, bongkak dan langsung tidak mahu mengaku kesilapan diri. Ke sana sini bercakap tentang integriti tapi hakikatnya parti sendiri penuh dengan penipuan, rasuah, kronisme dan favoritism. Mulut bercakap ponggong terpalit taik. 

Orang lain semua nampak buruk sedangkan diri sendiri lagi teruk dan menyamai perangai syaitan. Apa saja isu nak salahkan UMNO sedangkan UMNO masih berada dilandasan yang benar diterajui oleh presidennya yang hebat. Walau terdapat konflik dan krisis tapi dapat diatasi dengan baik. Macam kata DS Hisham dalam komen beliau semasa kemelut di Terengganu 

"Ahli-ahli UMNO khususnya di Terengganu perlu sentiasa matang, setia dan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dalam berhadapan dengan kemelut politik"
" kedu­dukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu wajar dipertahankan dalam apa jua keadaan demi memelihara mandat yang telah diberikan rakyat pada pilihan raya umum lalu."

Jadi, kepada Anwar Ibrahim, belajarlah menjadi pemimpin yang matang bukan membuli pengikut sesuka hati dan bila berlaku huru hara salahkan orang lain. Asyik nak menyalahkan UMNO je. Lagi-lagi salah UMNO. Lagi-lagi salah UMNO. Boring le!

4 comments:

Anonymous said...

Anwar...he..he..

Anonymous said...

BAGUSLAH. APAPUN DATUK HISHAM AJAK PEMIMPIN FIKIRKAN RAKYAT

Anonymous said...

KURANG SATU KAYU/TIGA SUKU BLAKO DARI ATAS SAMPAI KEBAWAH

Anonymous said...

Ini yang fuckatan tak suka bro, ko balun nuar angkat pemimpin kerajaan. Kah kah kah