RAKAN PEJUANG

31 March 2014

SUMBANG KE SUARA KITA?

SALAM PERJUANGAN...

Percaya atau tidak, negara kita kini menjadi tumpuan dunia. Pemerhati politik, para jurutera penerbangan, pilot pesawat, serta seluruh yang terlibat dengan syarikat penerbangan sedang melihat kita mengendalikan sebuah episod tragis yang sangat misteri. Anak Sufi sudah berulang kali menulis tentang MH370. Ini kerana peristiwa ini amat meruntun hati kita rakyat Malaysia dan membawa kepada pemerhatian dunia pada cara bagaimana kita mengendalikan peristiwa yang merupakan pertama kali berlaku didunia sekarang ini.

Sebagaimana yang AS katakan tadi, mata dunia sedang memandang kita. Mereka memerhati kita. Mereka merasai kita dan ada mereka yang sedang menghina kita. Namun, kita rakyat Malaysia ada suara. Suara ini menjadi azimat keramat kehebatan negara ini dalam mengendalikan krisis yang sebegini sukar. Suara ini adalah bicara daripada Menteri Pertahanan dan juga pemangku Menteri Pengangkutan kita iaitu DS Hishammuddin yang setiap hari berdiri tegap di hadapan mata dunia dengan mempamerkan kestabilan emosi dan kekuatan fikiran setiap kali mengadakan sidang akhbar.

Apa yang AS bicarakan ini adalah maklum balas daripada sebuah artikel yang ditulis oleh Satish Cheney yang bertajuk Is Hishammuddin Hussein, voice of Malaysia on flight MH370, headed for the top? yang telah diterbitkan dalam akhbar South China Morning Post Asia hari ini. Sila Klik di sini

Orang luar memandang hebat lelaki yang bergelar Hishammuddin ini kerana mereka melihat beliau sebagai seorang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk diangkat menjadi perdana menteri satu hari nanti. Melalui pengalaman beliau yang sangat banyak dan telah bertugas dalam pelbagai portfolio pasti memberikan kelebihan pada DS Hisham jika benar beliau bakal menerajui negara ini kelak.

Dunia sedang memandang kita. Dunia sedang memerhati kita. Mereka sentiasa mengintai peluang untuk mentertawakan kita jika kita gagal mengurus konflik ini sebaiknya. Namun, kita perlu bersyukur dan meletakkan kepercayaan yang sangat luar biasa pada seorang lelaki yang luar biasa komitmen dan penampilannya di mata dunia ketika ini yang sedang bertungkus lumus, tanpa mengira siang dan malam berusaha keras menerajui pencarian MH370 tanpa mudah menyerah dan mengaku kalah. Lelaki ini berjanji akan meneruskan pencarian tanpa batas masa. Lelaki ini lah menjadi suara kita dan menjadi wajah kita rakyat Malaysia yang sedang menjadi tontonan mereka di luar mahupun musuh yang berada di dalam.

Lelaki itu adalah DS Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.negara ini. Semoga Allah terus memberikan kekuatan pada lelaki ini.



 

28 March 2014

BUKANNYA SUSAH...SEBUT SAJA ORANG AKAN PERCAYA!!!

SALAM PERJUANGAN

Sebahagian besar rakyat di negara ini berdoa dan mengharapkan yang terbaik pada SAR MH370 yang namun, seperti mana puak pembangkang di negara ini hanya tahu menggunakan kepakaran mereka dalam mencari salah dan terus menyalahkan kerajaan dalam apa sahaja situasi. Apa yang ada dalam benak fikiran dan jantung hati mereka adalah politik dengan cara mewujudkan kebencian orang ramai khususnya rakyat kepada pihak kerajaan pimpinan DS Najib.

Mudah sangat menjadi pembangkang di negara ini. Mereka tidak perlu memikirkan tentang kebajikan rakyat walaupun itu lah slogan mereka. Mereka lebih suka bermatian berfikir mencari idea bagaimana untuk melingkupkan riwayat hidup UMNO dan pimpinan sedia ada. 

Semua orang tahu, semua orang nampak saban hari pemangku Menteri Pengangkutan kita iaitu DS Hisham berdiri di hadapan pemberita dalam dan luar negara dan setakat ini dengan kebijaksanaan beliau telah mampu menjawab semua pertanyaan dengan berhemah dan teratur daripada para wartawan tempatan dan asing. Jika kepentingan yang diletakkan oleh DS Hisham adalah mencari pesawat tersebut dan memberikan komitmen tinggi dan rasa tanggungjawab terhadap keluarga mangsa, puak pembangkang pula meletakkan kepentingan mereka pada matlamat meruntuhkan imej pemimpin negara di mata dunia. Matlamat mereka agar persepsi dapat diwujudkan demi membuktikan betapa lemahnya pentadbiran UMNO. Jahat dan sangat teruk bukan? Perbandingan yang sangat jelas. Satu pihak untuk kepentingan negara dan satu pihak lagi untuk memuaskan nafsu jahat mereka meruntuhkan negara. 

  1. Don’t wait for black box, set up panel to probe MH370 disaster immediately, say DAP (TMI)
Justeru, sudah kedengaran suara dari puak pembangkang mahu kan siasatan dijalankan segera tanpa menunggu kotak hitam. Ianya disuarakan oleh bapa LGE yang dah nyanyuk tu dalam twitternya. Bukan itu sahaja untuk membangkitkan lagi persepsi betapa lemahnya kepimpinan negara, mangkok tua ni telah menyarankan agar penyiasatan ini diketuai oleh puak pembangkang. 

  1. Kit Siang wants oppostion to lead MH370 inquiry - by Syed Jaymal Zahid (MMO)
Amat gila. Puak pembangkang ini sangat gila dan sanggup buat apa saja untuk mewujudkan persepsi untuk memburukkan kepimpinan negara. Namun, semakin mereka cuba memburukkan, semakin itu pemimpin negara kita khususnya pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan ini semakin dihormati dan dikagumi ramai. Kini DS Hisham telah mengumumkan akan memberikan taklimat khas mengenai MH370 kepada puak pembangkang di parlimen minggu depan. AS dan pencinta keamanan di negara ini sentiasa menyokong DS Hisham dalam usaha pencarian ini. Kami yakin, setiap soalan gila kamu nanti akan dijawaboleh DS Hisham dengan kekuatan akal dan bukan emosi seperti kamu semua. 

Allah bersama DS.






24 March 2014

TIAN CHUA MEMANG KURANG AJAR TAK HORMAT KESEDIHAN MH370

SALAM PERJUANGAN..

Ketika ini seluruh rakyat Malaysia berasa sedih di atas tragedi yang menimpa krew dan penumpang MH370 dan bersimpati pada semua keluarga mangsa. Namun, puak pembangkang khususnya cinabeng si celaka yang bernama Tian Chua ini tidak habis-habis mengeluarkan kenyataan yang biadab dan kurang ajar dalam suasana kesedihan ini.

Tian chua dalam twitternya telah mempersoalkan PM DS Najib membuat pengumuman di PWTC.


KURANG AJAR BUKAN? INILAH MANUSIA YANG MENJADI PUJAAN ORANG MELAYU PAS DAN PKR! MANUSIA PALING BODOH YANG DIANGKAT MENJADI WAKIL RAKYAT!!!!!!!!

22 March 2014

TOLONG SIASAT CCTV

SALAM PERJUANGAN....

Walaupun PRK Kajang akan diadakan esok tapi AS kurang berminat untuk membicarakan tentang kesewelan puak pembangkang untuk menang di Kajang. Bagi AS, isu penting yang lebih besar adalah kehilangan MH372. AS ingin bersama rakyat Malaysia yang lain memberikan sokongan pada pihak pemerintah negara khususnya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan DS Hishammuddin yang tidak akan mengalah walau diterjah dan dikutuk oleh puak kepala biul sama ada di dalam maupun di luar negara. AS terus kagum dengan kehebatan pemimpin ini.

video
Berbalik semula pada pencarian MH370, kini seluruh dunia mencari pesawat tersebut. Masing-masing mengeluarkan pandangan dan hujah untuk membantu negara ini mencari MH370 yang hilang entah ke mana. 

Dalam konteks ini, AS pun tidak terkecuali berbicara tentang misteri kehilangan pesawat ini bersama beberapa orang rakan. AS telah berjumpa seorang rakan yang merupakan seorang ahli psikologi yang secara tidak sengaja bercakap tentang video cctv semasa pemeriksaan keselamatan ke atas kapten zaharie dan co pilot fariq.

AS sedar bahawa adalah berdosa besar kita sebagai umat Islam membuat tuduhan ke atas orang lain tambahan pula individu tersebut seorang yang diketahui orang yang baik. Malahan sekiranya ditakdirkan Allah kemalangan jiwa berlaku ke atas individu ini, AS akan menanggung dosa yang amat besar kerana bersangka buruk begini. Namun, AS niatkan untuk penyiasatan. Bukan cuba memburukkan. Ini kerana bahasa lenggok badan dan riak wajah kapten zaharie ketika memasuki pemeriksaan amat pelik. Dalam keadaan biasa, kedudukan mata kita akan berada searas dengan bahu sebagaimana yang dilakukan oleh fariq. Namun, berbeza dengan keadaan kapten berpengalaman ini. Mata beliau terus memandang cctv dengan keadaan kepala yang tegak untuk diperiksa. 

Menurut kawan AS tu, kedudukan mata yang terus memandang cctv dan tanpa ada pergerakan menunjukkan syarat yang tertentu seperti cuba menyembunyikan sesuatu. Walau bagaimanapun, andaian ini akan terbatal atau salah sekiranya ia merupakan habit atau perlakuan kapten zaharie setiap kali melalui pemeriksaan. Oleh itu, AS mohon agar pihak MAS melihat kembali beberapa cctv sebelum ini yang menunjukkan pergerakan kapten tersebut. 

Itu sahaja yang dimaklumkan oleh kawan AS tu dan AS harap sekiranya andaian ini salah, AS mohon maaf kepada kaum keluarga dan sahabat handai kapten hebat ini. Sekiranya sebaliknya, maka penyiasatan perlu dilakukan lebih mendalam lagi.

Hanya Allah yang tahu.

20 March 2014

HEBAT TUAN!!!!

SALAM PERJUANGAN...

Hari ni AS nak menulis khusus untuk memberikan kredit yang sangat tinggi kepada DS Hishamuddin Tun Hussein yang telah menunjukkan jati diri yang sangat tinggi sebagai anak dan cucu kepada pemimpin negara iaitu Dato Onn Jaafar dan Tun Hussein Onn. Ketokohan kedua pemimpin negara kini jelas terbukti diwarisi oleh DS Hisham. 

Bukan mudah untuk mengemudi dua kementerian dalam satu masa. Alangkan nak mengawal dua anak pun susah inikan pula dua kementerian yang besar. Tambahan pula Kementerian tersebut adalah Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan yang kini dalam masa yang sama sedang berkait dalam kehilangan misteri MH370. Saban hari DS Hisham berhadapan dengan beratus media termasuk media asing yang pastinya ada yang celupar dan kurang ajar dengan pertanyaan yang tidak masuk akal. Bukan semua orang boleh berhadapan dengan kemelut yang sebegini kompleks. Tidak semua orang mampu untuk berdiri dan berdepan dengan wartawan asing seluruh negara untuk mendapatkan maklumat dan adakalanya memberi soalan yang jika DS Hisham tidak mampu mengawal keadaan, pasti rahsia negara juga akan turut terbongkar. Namun DS Hisham mampu menjawab dengan berhemah setiap pertanyaan walaupun AS lihat ada soalan yang sangat berkait rapat dengan teknikal pesawat. Terjahan yang bertubi-tubi daripada wartawan media dalam dan luar negara yang dilalui setiap hari dan ditambah dengan kritikan mereka yang berniat jahat terhadap keselamatan negara pastinya memerlukan ketahanan mental dan emosi yang tinggi. 


AS tak kisah jika ada yang kata AS cuba mengampu DS Hisham tapi apa yang AS tulis ini adalah kerana kekaguman AS terhadap DS Hisham yang sangat bijak dan matang dalam berdepan dengan kes  ini. Ini bukan pandangan AS seorang sahaja tetapi kebanyakan rakan-rakan yang AS jumpa turut memberikan pandangan yang sama terhadap kewibawaan DS Hisham. 

Negara ini telah melakukan yang terbaik untuk mencari MH370. Kementerian Pengangkutan belum pernah mengalami masalah yang sebegini kompleks seperti apa yang dialami oleh DS Hisham sebagai menterinya. Begitu juga dengan Kementerian Pertahanan yang terpaksa menggunakan aset negara untuk dikerahkan mencari kapal terbang tersebut. Cabaran yang dihadapi oleh DS Hisham ini adalah ketentuan Allah untuk menguji hamba-Nya. Lihatlah hikmah disebalik musibah. 

Teruskan perjuangan DS Hishamuddin. Allah dan seluruh rakyat Malaysia bersama Dato Seri. 

Pemimpin Hebat - Memahami perasaan seorang ayah kepada penumpang MH370

18 March 2014

SANGGUP GADAIKAN AGAMA DEMI DUNIA

SALAM PERJUANGAN..

Apa nak jadi dengan puak pembangkang ni. Suka sangat guna lilin bila berdoa dan bersedih. Macam mana le china tak suka pada mereka ni, sebab mereka ikut cara si kafir tu dan sanggup mengenepikan akidah yang mungkin rosak akibatnya.

Kalau ya nak menang pun, fikirlah sikit yang betul dan salah. Itu sebab Allah turunkan musibah satu persatu sebab sanggup diperbodohkan oleh orang kafir.

17 March 2014

PRK KAJANG : PENGUNDI PATUT HUKUM YANG MANA: PENYELAMAT ATAU PENGKHIANAT?

SALAM PERJUANGAN...

PRK DUN Kajang akan diadakan tidak lama lagi. Pihak pembangkang bertungkus lumus mempertahankan kerusi mereka yang dilacurkan oleh mereka sendiri. Atas pelacuran ini membuatkan mereka bagai cacing kepanasan ketika mencari calon yang sesuai untuk menggantikan anwar yang didapati bersalah meliwat. 

Orang yang paling malang diangkat untuk menjadi calon PKR adalah wan azizah kerana terpaksa mencuci najis dan kotoran yang digubah suaminya anwar ibrahim. Tanpa mengenal erti kesedihan terhadap kejadian MH370, jentera pembangkang dan wan azizah sendiri saban malam memukul canang memfitnah kerajaan khususnya Pemangku Menteri Pengangkutan kononnya kita lembab mengambil tindakan. Itu perkara biasa bagi pembangkang negara ini. Mereka bukanlah berhemah sangat pun. Nilai kebenaran ditolak ke tepi walaupun mereka tahu bahawa kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk MH370.

Kerajaan kepimpinan DS Najib disarankan agar tidak membuang duit rakyat menabur ratusan dan jutaan ringgit untuk membeli hati masyarakat china di Kajang. Biarlah mereka terus percaya pada fitnah PKR, percaya pada mimpi kosong DAP. Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.

Apapun, kepada rakan-rakan berbangsa China dan India yang masih setia bersama BN, percayalah pada calon DUN Kajang yang sangat sempoi, berpendirian serta suka membantu. Poster BN yang direntang di tepi jalan sepanjang pekan Kajang menunjukkan calon ini amat layak ditempatkan di DUN Kajang demi memastikan perniagaan orang china di kajang terus maju. 

Kenyataan Kit Siang bahawa pengundi di Kajang perlu menjadi hakim untuk menghukum BN sangat klise. Siapakah yang perlu dihukum? 


PENYELAMAT

ATAU

PENGKHIANAT?




14 March 2014

HANYA ALLAH YANG TAHU..

SALAM PERJUANGAN

AS nak ucapkan tahniah kepada DS Hisham kerana bertindak bijaksana sewaktu berhadapan dengan karenah pemberita-pemberita media apabila diaju bertubi-tubi soalan berkaitan kehilangan MH370. DS Hisham telah menunjukkan sikap cool dan tenang setiap kali menjawab soalan pemberita. 

Nampaknya DS Hisham telah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia khususnya mereka yang tidak pernah jemu mengikuti perkembangan MH370. Kesungguhan Menteri Pertahanan ini menguruskan isu 
MH370 ini begitu terpahat di hati kami. 

Tahniah dan teruskan kesungguhanmu. Semoga Allah membalas jasa baik tuan.


Nampak bersungguh Menteri kita ni dalam usaha mencari MH370 
sehingga bersila di atas lantai.