RAKAN PEJUANG

28 February 2014

BILA SUSAH...TENTERA JUGA YANG TOLONG



Salam Perjuangan...

Krisis air di Selangor telah sampai ke kemuncaknya apabila kini rakyat selangor terpaksa mengalami gangguan bekalan air yang kritikal. Baru le Khalid MB Selangor sedar betapa tindakan negeri selangor melengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang merupakan projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor menyusahkan rakyat Selangor. Nasib baik Khalid cepat sedar. 

Dalam kekalutan rakyat Selangor kekurangan air, AS kagum dengan tindakan DS Hishamuddin yang telah mengarahkan tentera menghantar lori-lori air (Menggunakan lori tentera) ke kawasan-kawasan kritikal untuk membantu mereka yang terlibat dengan krisis air ini. Tahniah DS Hisham yang peka tentang keperluan rakyat selangor. 

rakyatnews

rakyatnews

Ini adalah petikan kenyataan daripada penduduk Balakong terhadap usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pertahanan yang AS petik daripada Rakyat News.my:

BALAKONG 24 Feb - Penduduk di sini yang menderita kerana krisis air hari ini melahirkan rasa syukur dan memberi pujian kepada Kementerian Pertahanan kerana menyalurkan bantuan tiga buah lori tangki Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Wan Mohd Azlan Wan Ismail, 46, berkata usaha sedemikian perlu dijadikan dorongan kepada agensi-agensi yang lain supaya melakukan perkara sama "Kalau saya jumpa Hishammuddin (Menteri Pertahanan), banyak-banyak terima kasih kepada beliau. Lori ATM ini sangat membantu dan saya juga mengalu-alukan mana-mana agensi supaya turut membantu meringankan beban kami disini," katanya.

Sementara itu, Lai Chee Yin, 37, berkata, beliau pada mulanya berasa agak terperanjat apabila melihat lori tangki milik ATM yang memasuki kediamannya. "Terkejut juga, baguslah terima bantuan daripada ATM ini. Dia sanggup bantu kita, ini sangat baik dan terima kasih banyak kepada mereka," ujar beliau.

Dalam masa sama seorang warga emas, Sarinah Meon,73,  mengharapkan supaya bekalan air dapat disalurkan terus kepada tangki simpanan air di kediamannya. "Umur dah 73, manalah larat. Biasa dua kali angkat air, cukup untuk buat ambil wudhuk. Makcik perasan lori ATM sejak malam tadi, baguslah macam ini, harap ia berterusan hantar dan salurkan air terus ke rumah," katanya.
 
Pembangkang hanya pandai menabur najis, menyusahkan rakyat. Apa yang anwar buat? Apa yang orang PAS dan DAP buat untuk membantu rakyat selangor yang dalam kesusahan sekarang? Jawapannya: MEREKA SEDANG GILA MENANGGUK KUASA DI KAJANG!

Lu fikir lah sendiri!

27 February 2014

Mereka semakin rakus...Salam perjuangan kembali..

Salam Perjuangan...

Anak Sufi dah lama berehat daripada alam blogger. Sejak PRU 13, AS lebih banyak memantau, memerhati, menilai senario politik negara. Walau berehat daripada menjadi blogger namun, jiwa AS tetap cinta pada UMNO dan BN.

Pelbagai isu yang tertera di dada akhbar yang membuatkan AS kadang-kadang teringin untuk memberi respon tetapi AS pendamkan saja kerana AS rasa biarlah otai-otai blogger yang lain memberi respon kepada pelbagai isu.

Dalam pemerhatian AS, melalui pembacaan dan penelitian pada isu negara, kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib cuba menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dengan melaksanakan pelbagai insentif untuk rakyat. Walau bagaimanapun, pembangkang di negara ini tidak pernah berubah. Jiwa dan Roh mereka sebagai rakyat Malaysia semakin keliru dan berkecamuk. Apa sahaja yang dikemukakan oleh kerajaan dipandang hina oleh mereka. Mereka semakin biadab dan kurang ajar. Kita para blogger perlu ajar mereka bagaimana menjadi manusia yang tahu berterima kasih.

Wassalam.